• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yasin Sulaiman Dedah Jumpa Najib Dalam Penjara: ‘Dia Sangat Budiman, Prihatin, Lemah Lembut’

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Yasin Sulaiman Dedah Jumpa Najib Dalam Penjara: ‘Dia Sangat Budiman, Prihatin, Lemah Lembut’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman berkongsi pengalaman menarik bertemu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berada di Penjara Kajang.

Yasin dalam satu podcast menyifatkan Najib sebagai seorang yang sangat budiman, prihatin dan lemah lembut selepas beliau berpeluang mengenalinya secara dekat.

Menurutnya, sebelum berada di Penjara Kajang, beliau tidak pernah bertemu Najib secara bersemuka dan pengalaman itu memberinya peluang mengenali sendiri peribadi bekas Perdana Menteri berkenaan.

“Sebelum jumpa dia dalam penjara, saya tak pernah jumpa dia in person. Bila dah jumpa dia in person ni, saya mendapati bahawa dia seorang yang budiman. Dia gentleman sangat. Gentleman, very prihatin, soft-spoken,” katanya.

Terdahulu, menurut Yasin, Najib merupakan antara figura menarik yang ditemuinya sepanjang berada di Penjara Kajang dan mereka beberapa kali berpeluang beramah mesra.

Katanya, pertemuan itu berlaku ketika dia diberikan tugas membuat persembahan atau menghiburkan dalam majlis yang diadakan di penjara.

“Setiap kali majlis pun beliau sering diundang untuk makan bersama. Biasanya kita akan duduk satu meja dengan pengarah penjara.

“Datuk Najib ada, saya ada. Kami bersembang, makan sama-sama. Saya sempat mengenal hati budi dia, sempat beramah mesra,” katanya.

Menurutnya, Najib malah beberapa kali menunjukkan keprihatinan dengan bertanyakan perkembangan kes yang dihadapinya.

“Banyak kali dia tanya pasal kes saya semua. Dia tanya macam mana,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Rakaman Video: Akaun Media Sosial Khairul Azri

Tags: Dalam PenjaradedahJumpa Najiblemah lembutprihatinSangat BudimanYasin Sulaiman
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Pelaku Rasuah Tempatnya Dalam Penjara – PMX Anwar

Pelaku Rasuah Tempatnya Dalam Penjara – PMX Anwar

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan perbuatan rasuah selagi menjadi...

TPM Zahid Dedah Terdapat KSU Arah Batal Projek Pembangunan Luar Bandar

TPM Zahid Dedah Terdapat KSU Arah Batal Projek Pembangunan Luar Bandar

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat projek pembangunan luar bandar bagi tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd