• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tawaran NRES Bantu Indonesia Tangani Jerebu Cerminan Kepimpinan Serantau

oleh Mynewshub
15/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tawaran NRES Bantu Indonesia Tangani Jerebu Cerminan Kepimpinan Serantau
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kesediaan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menawarkan aset dan kepakaran bagi membantu Indonesia menangani kebakaran hutan dan tanah, menunjukkan pendekatan diplomasi Malaysia yang bukan sekadar pengumuman melalui kenyataan politik, tetapi juga menerusi kapasiti dan tindakan rentas sempadan.

Penganalisis Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof (Gambar, atas) berkata, tawaran dibuat kementerian diterajui Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup itu juga, boleh diklasifikasikan sebagai kepimpinan serantau.

Katanya, ia bermaksud Malaysia mempunyai peluang sebagai negara yang menggalakkan ‘collective regional response’ (tindak balas serantau) terhadap ancaman alam sekitar dan bencana.

“Apabila Malaysia menawarkan bantuan ini, ia perkembangan baik kerana menunjukkan kerjasama alam sekitar boleh menjadi instrumen untuk membina kepercayaan dan keyakinan antara negara ASEAN,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Arthur mengenai kesediaan Malaysia menawarkan bantuan kepada Indonesia bagi menangani kebakaran hutan dan tanah.

Menurut Arthur, bantuan itu termasuk melaksanakan operasi pemadaman dari udara menerusi kaedah ‘water bombing’ menggunakan helikopter serta sokongan pesawat amfibi.

Arthur berkata, bantuan itu diselaras mengikut ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution (AATHP) tertakluk kepada permintaan serta persetujuan Indonesia.

Pada masa sama, Nur Ashikin menegaskan, tawaran bantuan itu wajar dilihat sebagai keprihatinan Malaysia terhadap negara jiran.

“Ini kerana jerebu rentas sempadan adalah ancaman yang tidak terikat kepada politik sempadan. Pendekatan kerjasama lebih konstruktif harus dilakukan berbanding menuding jari.

“(Kerana) Pada akhirnya, kepimpinan serantau bukan hanya tentang siapa paling cepat menawarkan bantuan, tetapi siapa mampu menukar krisis kepada mekanisme kerjasama lebih kukuh, mencegah krisis berulang dan memastikan prinsip kedaulatan serta akauntabiliti setiap negara terus dihormati,” katanya.

Nur Ashikin berkata, meskipun Malaysia serta Indonesia mempunyai hubungan rapat yang sememangnya wajar bekerjasama, negara seberang itu perlu terus digalakkan memperkukuh pencegahan kebakaran, penguatkuasaan serta pengurusan kawasan berisiko terbakar.

“Ini penting kerana jika bantuan diberikan setiap kali berlaku krisis tanpa menangani punca asas, kita mungkin menyelesaikan simptom tetapi bukan masalah.

“Oleh itu, Malaysia boleh membantu dari aspek aset, teknologi dan kepakaran, manakala Indonesia terus memainkan peranan utama dalam menangani punca kebakaran di wilayahnya,” katanya.

Pada masa sama, Nur Ashikin melihat tawaran Arthur itu sebagai perkembangan positif ke arah diplomasi alam sekitar Malaysia yang lebih proaktif.

“Sebelum ini, isu jerebu sering dilihat sebagai isu alam sekitar dan kesihatan awam, tetapi dari perspektif hubungan antarabangsa, ia sebenarnya sebahagian daripada keselamatan bukan tradisional dan human security (keselamatan manusia) kerana kesannya melibatkan ekonomi, pendidikan, mobiliti dan kesejahteraan masyarakat merentasi sempadan,” katanya.

Tags: Arthur KurupNRES
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasaran Karbon Di Sarawak Lindungi Hutan, Tidak Pinggir Komuniti Tempatan – Arthur

Pasaran Karbon Di Sarawak Lindungi Hutan, Tidak Pinggir Komuniti Tempatan – Arthur

27/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sentiasa memastikan pembangunan pasaran karbon negara di Sarawak seiring pemeliharaan...

PERSEDIAAN MENDEPANI CUACA PANAS DAN FENOMENA EL NIÑO

PERSEDIAAN MENDEPANI CUACA PANAS DAN FENOMENA EL NIÑO

10/07/2026
0

MENTERI Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ke-27 Sub-Regional Ministerial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd