• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencemaran Bunyi Ekzos ‘Perang’ Kerana Penguatkuasaan Sangat Lemah

oleh Mynewshub
06/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pencemaran Bunyi Ekzos ‘Perang’ Kerana Penguatkuasaan Sangat Lemah
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK keterlaluan jika dikatakan hampir setiap kawasan perumahan hari ini ada motosikal menggunakan ekzos ‘perang’ bunyi macam enjin bot.

Tidak perlu tinggal berhampiran litar lumba. Duduk di ruang tamu rumah sendiri pasti sekali-sekala kedengaran bunyi “prang, prang, prang” memecah ketenteraman.

Motosikalnya mungkin bergerak 40 kilometer sejam, tetapi bunyinya seolah-olah sedang mengejar podium MotoGP.

Ini bukan lagi sekadar soal minat, tetapi sudah menjadi satu bentuk pencemaran bunyi yang mengganggu kehidupan orang lain.

Kawasan perumahan tempat orang mahu bertenang selepas penat bekerja. Ada orang sakit yang memerlukan ketenangan.

Warga emas mahu tidur, bayi dan anak kecil sedang lena, malah ada yang bekerja syif dan perlu berehat pada waktu siang.

Malangnya, apabila sebuah motosikal dengan ekzos ‘perang’ lalu, satu lorong boleh mendengarnya.

Pencemaran bunyi itu akhirnya menjadi gangguan kepada kualiti hidup penduduk.

Lebih menghairankan, ada ibu bapa yang langsung tidak kisah anak menggunakan ekzos sebegitu.

Ada pula mengeluarkan wang sendiri menaja anak menukar ekzos supaya bunyi lebih ‘garang’. Konon bapa dulu pun ‘rempit’

Tak ya atau tidak.. Kalau betul bapanya bekas ‘street racer’ sudah tentu tidak mahu anak mengikuti jejak yang buruk atas pengalaman.

Yang untung akhirnya siapa? Tentunya penjual aksesori motosikal yang terus mendapat laba daripada permintaan terhadap ekzos sebegini.

Selagi ada permintaan dan barang boleh dibeli dengan mudah, masalah ini akan terus berpusing.

Mengapa tidak diharamkan terus penjualannya? Jangan hanya kejar pengguna di jalan raya sedangkan punca bekalannya masih boleh dijual dengan mudah.

Lebih membimbangkan, isu bunyi bising motosikal bukan perkara yang wajar dipandang remeh kerana ia juga boleh menjadi pencetus konflik.

Pergaduhan akibat bunyi motosikal pernah dilaporkan berlaku di Bukit Ampang pada 1 Jun 2023, Bagan Ajam pada 20 Oktober 2023, Karak pada 20 November 2024 dan Penampang/Putatan pada 19 Ogos 2026.

Tidak perlu kita mengulangi butiran setiap kejadian untuk memahami mesejnya. Apabila pencemaran bunyi dibiarkan berpanjangan, orang boleh hilang sabar,

Teguran boleh bertukar pertengkaran dan akhirnya perkara kecil berpotensi menjadi sesuatu yang jauh lebih serius dan parah.

Sebab itu persoalan mengenai penguatkuasaan perlu ditanya apabila motosikal dengan ekzos terlalu bising ‘bersepah-sepah’ di sana sini.

Motosikal seperti ini bukan susah pun hendak dikesan. Kadangkala belum nampak
motosikal bunyi sudah sampai dahulu.

Tidak ada siapa mahu menghalang meminati motosikal atau peniaga mencari rezeki. Tetapi mencari keuntungan tidak sepatutnya mengorbankan ketenteraman masyarakat.

Sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan larangan penjualan ekzos ‘perang’ secara tegas. – MYNEWSHUB

 

Tags: Ekzos ‘Perang’Pencemaran BunyipenguatkuasaanSangat Lemah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APAD Teliti Unsur Kecuaian Dalam Insiden Tren Tergelincir

APAD Teliti Unsur Kecuaian Dalam Insiden Tren Tergelincir

29/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menegaskan tindakan penguatkuasaan boleh diambil di bawah Seksyen 101 Akta Pengangkutan Awam...

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) memohon agar pendekatan penguatkuasaan dilaksanakan secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd