JOHOR BAHRU – Stadium Larkin kini tampil dengan wajah baharu selepas kerja-kerja menaik taraf bahagian luaran dan dalaman stadium berkenaan selesai dilaksanakan.
Johor Southern Tigers menerusi hantaran di media sosial memaklumkan stadium berkenaan kini sudah bersedia untuk digunakan oleh pasukan JDT II bagi musim 2026-27.
“Stadium Larkin sudah bersedia. Wajah baharu. Musim baharu.
“Bahagian luaran dan dalaman telah dinaik taraf dan semuanya sudah bersedia untuk JDT II bagi musim 2026-27,” menurut hantaran itu.
Kerja-kerja menaik taraf itu menyaksikan Stadium Larkin diberikan nafas baharu, sekali gus menyediakan kemudahan lebih baik untuk kegunaan JDT II dalam mengharungi saingan musim baharu.
Projek berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan meningkatkan kemudahan dan infrastruktur bola sepak JDT.
Dengan kerja-kerja menaik taraf itu selesai, Stadium Larkin kini bersedia membuka lembaran baharu sebagai gelanggang JDT II bagi musim 2026-27. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Johor Southern Tigers
