SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan menyeru orang Melayu supaya memimpin apa yang disifatkannya sebagai ‘Gelombang Biru’ bagi menghukum Pakatan Harapan (PH)
Beliau berkata, rakyat diharap semakin bijak dalam menilai kempen dan naratif politik yang dimainkan menjelang pilihan raya.
“Apa-apapun, saya harap rakyat bertambah bijak dah sekarang ni. Ikut cara pemikiran Bangsa Johor yang tak peduli pun kempen fitnah besar-besaran Najib Sakau sampai ke peringkat sekolah untuk pelajar STPM pun tidak menjadi. Hanya 4.8 peratus orang Melayu undi PH.
“Biarlah orang Melayu ‘lead’ Gelombang Biru supaya kita dapat hukum PH – kakistokrat negara. Lambat laun 90 peratus orang Cina pun akan bersama dengan kita,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.
Terdahulu, Azrul turut mengemukakan pandangannya mengenai percaturan politik membabitkan PH khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Beliau antara lain mempersoalkan mengapa Menteri Dalam Negeri yang memegang banyak fail laporan dihantar untuk berbincang kerusi dengan Ketua Menteri Melaka.
Azrul turut membangkitkan mengenai Pengarah Pilihan Raya PH memaklumkan jumlah kerusi akan dimuktamadkan sebelum 16 September.
“Sebab itulah deadline kepada Tok Rauf dan BN. “Kalau tak setuju, kami akan dakwa 16 orang BN (Barisan Nasional)”,” dakwanya.
Beliau seterusnya mempersoalkan mengapa pemimpin BN yang ditahan bukan dalam kalangan orang Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
“Supaya boleh pecahkan UMNO macam dulu. Saya tak terkejut Wee Ka Siong is next,” dakwanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Azrul Abu Hasan



