• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan PMX Anwar Mengenai Taiwan Cetus Kebimbangan Serius – Takiyuddin

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kenyataan PMX Anwar Mengenai Taiwan Cetus Kebimbangan Serius – Takiyuddin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALAU LUMPUR – Kenyataan Perdana Menteri dalam temu bual terbarunya dengan Al Jazeera berkait isu melibatkan China dan Taiwan terutama kemungkinan penggunaan kekuatan ketenteraan dalam penyuraian konflik tersebut menimbulkan kebimbangan serius.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat cuba menganjurkan kemungkinan penggunaan kekerasan dalam
isu itu, beliau tanpa disedari telah menyempitkan ruang diplomasi Malaysia.

Menurut beliau, selain itu ia melemahkan pendirian dan kecenderungan ASEAN dalam mengutamakan dasar tidak campur tangan, penyelesaian konflik secara aman dan autonomi strategik gabungan negara berjiran.

“PAS juga menegaskan Malaysia tidak harus membiarkan ia dilihat memihak kepada mana-
mana kuasa besar dalam pertikaian dan konflik yang berpotensi besar menjadi lebih buruk.

“Kekuatan negara sangat bergantung pada kemampuan kita menjalin hubungan konstruktif dengan China, Amerika Syarikat, Taiwan atau rakan kongsi lain di semua peringkat dan dalam pelbagai bidang, sekali gus mempertahankan kepentingan negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Takiyuddin berkata, PAS merasakan penegasan PM berhubung pendirian Malaysia mengenai dasar Satu China bukanlah masalah, namun kenyataan bahawa beliau melihat Taiwan sebagai sebahagian daripada China “noktah”

Kata beliau, perbandingan yang dibuat dengan situasi di Malaysia dengan penggunaan kekuatan ketenteraan sebagai pilihan bagi menghalang mana-mana negeri yang mahu ‘menarik diri’ daripada Persekutuan telah meletakkan negara di kedudukan diplomatik yang sukar.

“PAS percaya Malaysia perlu membezakan antara dasar diplomatiknya yang telah mantap dengan pendirian memihak tentang bagaimana konflik China-Taiwan harus diselesaikan.

“Dasar Satu China tidak harus membenarkan tindakan unilateral mana-mana pihak atau menghalang Malaysia daripada menyokong dan mengutamakan dialog damai, persefahaman dua hala atau sikap kekangan dan kawalan diri pihak-pihak terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kepimpinan Anwar juga dilihat gagal mengetengahkan citra kepimpinan bijaksana dan berpandangan jauh yang mengutamakan pendekatan damai berkait isu yang mempunyai kesan antarabangsa yang besar dan luas.

Ujar beliau, Anwar seharusnya menzahirkan kepercayaan dan harapan positif Malaysia agar kedua-dua pihak boleh merapatkan jurang yang wujud secara aman melalui dialog yang bukan sahaja akan memberi manfaat kepada rakyat masing-masing, tetapi juga mengekalkan kestabilan wilayah dan dunia.

Katanya, Malaysia tidak harus dipaksa memilih antara Beijing dengan Taipei atau antara Beijing dengan Washington, sebaliknya tanggungjawab lebih besar sebagai sebuah negara yang dihormati ialah mendorong kedua-dua pihak mencari titik pertemuan bersama yang menguntungkan semua pihak.

“Malaysia perlu menampilkan kepimpinan bijaksana yang mampu berdiri lebih tinggi daripada pertikaian yang wujud, berprinsip mempertahankan komitmen diplomatik kita yang telah mantap, berpandangan jauh dalam memelihara ruang strategik negara,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Kenyataan Media: Akaun Media Sosial Takiyuddin Haji Hassan

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Takiyuddin HassanPerdana Menterisetiausaha agung pastaiwan
Share208Tweet130SendShare

Related Posts

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

Perdana Menteri Bukan Pendakwa Raya – Azalina

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR -Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan bahawa Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya dan tidak...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd