• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN DAP Melaka Mohon Projek Penambahbaikan RM2 Juta Kepada Menteri KPKT

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
ADUN DAP Melaka Mohon Projek Penambahbaikan RM2 Juta Kepada Menteri KPKT
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Melaka mengemukakan permohonan bagi beberapa projek penambahbaikan bernilai keseluruhan kira-kira RM2 juta kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, permohonan itu dikemukakan ketika beliau bersama ADUN DAP Melaka mengadakan pertemuan dengan Kor Ming yang berada di negeri itu atas urusan rasmi.

Menurutnya, pertemuan berkenaan dimanfaatkan untuk menyampaikan keperluan di kawasan masing-masing kepada kerajaan Persekutuan selain mengemukakan beberapa permohonan berkaitan.

“Kebetulan YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sdr Nga Kor Ming, berada di Melaka atas urusan rasmi.

“Saya bersama ADUN DAP Melaka mengambil kesempatan untuk bertemu dengan beliau bagi menyampaikan keperluan di kawasan masing-masing serta mengemukakan permohonan berkaitan,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Poay Tiong berkata, dalam pertemuan berkenaan, mereka turut menyerahkan surat permohonan bagi beberapa projek penambahbaikan dengan nilai keseluruhan sekitar RM2 juta.

“YB Menteri pada dasarnya telah bersetuju dengan permohonan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, DAP Melaka akan terus membawa suara serta keperluan rakyat ke peringkat kerajaan Persekutuan dan berusaha mendapatkan peruntukan yang diperlukan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Khoo Poay Tiong

Tags: ADUN DAPkhoo poay tiongMelakaMenteri Perumahan dan Kerajaan TempatanNga Kor MingPengerusi DAP MelakapermohonanProjek Penambahbaikan
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

27/09/2026
0

MELAKA: Sebuah syarikat tempatan, Tuah Tower Sdn Bhd, mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Melaka pembinaan sebuah resort mewah berkonsepkan vila atas...

Netizen Mula Tanya Bila Nga Kor Ming Akan Letak Jawatan?

Netizen Mula Tanya Bila Nga Kor Ming Akan Letak Jawatan?

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Persoalan sama ada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming akan meletakkan jawatan mula dibangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd