• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

oleh Mynewshub
14/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin.

Mohd. Radzi berkata, Zulkifli berterima kasih atas pandangan, cadangan dan persoalan yang beliau bangkitkan semasa perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji di Dewan Rakyat.

“Saya jelaskan kepada beliau bahawa dalam soal Tabung Haji, kami Ahli-Ahli Parlimen BERSATU meletakkan politik ke tepi.

“Apa yang jauh lebih penting ialah kelangsungan Tabung Haji sebagai sebuah institusi penting kepada rakyat khususnya umat Islam,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Mohd. Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya memaklumkan Zulkifli hari ini hadir dan menyampaikan ucapan sempena pengisytiharan Surau Al-Wehdah 17RK1, Presint 17 di sini sebagai surau Jumaat.

Dalam sidang khas pembentangan laporan RCI Tabung Haji di Parlimen baru-baru ini, majoriti Ahli Parlimen blok pembangkang kecuali BERSATU bertindak meninggalkan Dewan Rakyat.

Tindakan tersebut selepas sidang khas berkenaan tetap diteruskan tanpa kehadiran Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen pembangkang terlebih dahulu memohon sidang khas tersebut ditangguhkan sehingga Perdana Menteri dapat hadir bagi membentangkan sendiri laporan itu.

Ahli Parlimen Pembangkang turut mempersoalkan sidang khas tersebut sekadar sesi penerangan menteri tanpa sebarang usul atau undi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dr. Radzi Jidin

Tags: BERSATUDatuk Dr. Mohd. Radzi Md. JidinDewan RakyatDr. Zulkifli HasanMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)Parti Pribumi Bersatu MalaysiaRCISidang KhasTabung HajiTerima KasihUcap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata insiden Ahli Parlimen bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd