• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad ini, mereka bebas untuk menilai semula keputusan tersebut jika terdapat alasan yang kukuh untuk berbuat demikian pada masa hadapan.

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Ramkarpal Singh berkata, adalah penting perkara itu ditekankan kerana mungkin wujud tanggapan yang salah bahawa undi untuk kekal dalam kerajaan bagi baki penggal Parlimen ini bermakna undi untuk kekal walau apa pun berlaku, walaupun peristiwa yang berlaku pada masa hadapan terbukti memudaratkan kepentingan parti.

“Salah satu keadaan yang memudaratkan yang terlintas di fikiran saya adalah sekiranya UMNO bertegas untuk mendapatkan pengampunan dan pembebasan terhadap bekas Presidennya yang telah disabitkan kesalahan, Najib Tun Razak.

“Sama ada perkara ini melampaui ‘garis merah’ haruslah menjadi sesuatu yang terbuka untuk difikirkan oleh para perwakilan dan mereka harus bebas untuk memilih meninggalkan kerajaan dalam keadaan sedemikian, walaupun (selepas) mereka mengundi untuk kekal dalam kerajaan pada Ahad ini,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Justeru, Ramkarpal berkata, beliau berpendapat bahawa perlu ada sedikit fleksibiliti yang membolehkan para perwakilan mempunyai kebebasan untuk menilai semula keputusan mereka untuk kekal dalam kerajaan bagi baki penggal Parlimen ini.

“Sama ada ia dilabel sebagai ‘klausa keluar’ atau tidak, ia sememangnya demi kepentingan terbaik parti,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Ramkarpal Singh

Tags: DAPDatuk Seri Najib Tun RazakGaris MerahpembebasanPengampunanramkarpal singhTimbalan Setiausaha Agung DAP
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd