• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Ucap Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Raja Permaisuri Agong

oleh Mynewshub
14/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Agong Ucap Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Raja Permaisuri Agong
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Kepada Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Hari ini merupakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong iaitu pada 14 Ogos 2026, bersamaan 1 Rabiulawal 1448H.

“Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Kepada KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah,” titah Sultan Ibrahim.

Menerusi satu hantaran di laman media sosial, Yang di-Pertuan Agong turut berkongsikan beberapa fakta ringkas tentang Raja Permaisuri Agong.

Raja Zarith Sofiah merupakan puteri kedua dan anakanda ketiga kepada Almarhum Sultan Perak, Paduka Seri Sultan ldris Shah II dan Almarhumah Raja Perempuan Perak, Raja Perempuan Muzwin Binti Almarhum Raja Dato’ Sri Ariff Shah.

Seri Paduka Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah, Kuala Kangsar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom, Kuala Kangsar di Perak.

Raja Zarith Sofiah kemudian memperoleh pendidikan tinggi di Cheltenham Ladies’
College, England pada tahun 1972 sebelum memperoleh ljazah Sarjana Muda di Somerville College, University of Oxford pada 1979.

Seri Paduka Baginda turut dikurniakan ljazah
‘Bachelor of Arts in Chinese Studies’ pada tahun 1983 dan Ijazah Sarjana (Master of Arts) pada tahun 1986.

Pada 22 September 1982, Raja Zarith Sofiah diijab kabulkan bersama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang bergelar Tunku
Mahkota Johor pada ketika itu dan dikurniakan cahaya mata lima putera dan seorang puteri.

Seri Paduka Baginda yang mewarisi minat dan bakat seni ayahanda Baginda terutamanya
dalam seni lukis dikurniakan gelaran
Permaisuri Johor sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim 23 Mac 2015. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

 

Tags: Fakta RingkasmengucapkanRaja Permaisuri AgongRaja Zarith SofiahSelamat Menyambut Ulang Tahun Hari KeputeraanSultan IbrahimYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Permaisuri Agong

Tunku Mahkota Ismail Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Permaisuri Agong

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Seri...

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya kementerian serta agensi berkaitan meningkatkan kawalan serta tahap keselamatan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd