• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak tanggapan bahawa format mesyuarat khas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat tiba-tiba ditukar kepada sesi penerangan menteri.

Pemimpin BERSATU, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, perkara itu tidak seharusnya timbul kerana perkara tersebut telah dinyatakan di dalam surat yang dihantar oleh Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) bertarikh 30 Julai 2026.

“Dalam surat itu dinyatakan bahawa urusan mesyuarat bagi Mesyuarat Khas adalah Penerangan daripada Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) berhubung Laporan RCI Tabung Haji.

“Jadi, cerita bahawa tiba-tiba format mesyuarat khas ditukar jadi sesi penerangan menteri tidak seharusnya timbul,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Mohd. Radzi berkata, ruang untuk berbahas, mendapatkan penjelasan dan memberi pandangan dalam isu berkaitan Tabung Haji adalah amat penting dalam memikul amanah sebagai Ahli Parlimen.

“Kami bukan sahaja ingin melihat tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat serta usaha dibuat bagi memperbaiki kelemahan yang ada dalam Tabung Haji.

“Kami mahukan perbahasan RCI Tabung Haji menjadi titik tolak bagi mewujudkan perubahan besar kepada kawal selia untuk semua institusi yang mengumpul dan menjaga dana rakyat,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dr. Radzi Jidin

Tags: BERSATUDatuk Dr. Mohd. Radzi Md. JidinDewan RakyatParti Pribumi Bersatu MalaysiaRCISesi Penerangan MenteriSidang KhasSURATTabung Haji
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim akan membawa isu kontroversi sesi raptai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)...

BERSATU Meterai CSA Dengan Kerajaan Madani, Bakal Terima Peruntukan Seperti Ahli Parlimen Kerajaan

BERSATU Meterai CSA Dengan Kerajaan Madani, Bakal Terima Peruntukan Seperti Ahli Parlimen Kerajaan

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk enam daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan seorang Parti Ikatan Demokratik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd