• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Agama Kata Beliau Ada PhD Dalam Kewangan Islam

oleh Mynewshub
12/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Menteri Agama Kata Beliau Ada PhD Dalam Kewangan Islam
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memaklumkan beliau memiliki latar belakang Ijazah Pengajian Undang-Undang, Ijazah Pengajian Syariah, Ijazah Sarjana dan PhD dalam kewangan Islam di United Kingdom.

Menurutnya, beliau pernah mengambil kursus profesional kewangan Islam dan lulus cemerlang selain berpengalaman sebagai peguam, penasihat undang-undang, pensyarah undang-undang, penasihat syariah bank-bank dan takaful dan koperasi termasuk penasihat kepada beberapa organisasi di luar negara.

“Saya ada sedikit pengalaman bekerja di Dubai International Financial Centre dan di Fordham Law School, New York. Mewakili Malaysia dalam program Young Intellectual Exchange di Jepun dan penerima Biasiswa Fulbright di Amerika Syarikat.

“Ada la sedikit pengalaman di Universiti sebagai pensyarah, profesor, dekan dan timbalan rektor di Universiti. Menjadi profesor pelawat di beberapa buah universiti termasuk pernah menjadi lembaga penasihat universiti di luar negara,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Zulkifli berkata, beliau juga aktif dengan kerja kemanusiaan dan kemasyarakatan di Malaysia dan luar negara serta pernah melaksanakan misi kemanusiaan di Gaza, Syria, Turkiye, Indonesia dan lain-lain negara yang bergolak dan dilanda bencana.

Menurutnya, di United Kingdom beliau aktif dengan Palestine Solidarity Campaign, di New York dengan Fordham Islamic Society, Mubany dan Amal.

“Alhamdulillah sudah menerbitkan lebih 30 buku dan bab dalam buku dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia serta ratusan artikel dan makalah. Pernah la juga menang Buku terbaik Mapim Peringkat Kebangsaan Kategori Bahasa Inggeris.

“Pengalaman saya dalam dunia kewangan Islam sudah melebihi 25 tahun. Sudah biasa juga dengan pengauditan, perakaunan, penyata kewangan, balance sheet dan lain-lain. Lulus cemerlang juga subjek ini dalam kursus profesional yang saya ambil. Pernah dapat Anugerah the Upcoming Scholar peringkat antarabangsa dalam bidang kewangan Islam masa muda-muda dulu.

“Cuma tidak perlu saya cerita berapa banyak sanad-sanad hadis yang telah saya terima dari alim ulama muktabar. Jika ada yang berminat bolehla rujuk laman sesawang saya yang juga pernah menang Anugerah Weblog Akademik terbaik Ahli akademik Peringkat Kebangsaan,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Zulkifli Hasan

Tags: Dr. Zulkifli Hasankewangan IslamLatar BelakangMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)PHD
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Tetap Tenang, Yakin, Bersemangat – Menteri Agama

PMX Anwar Tetap Tenang, Yakin, Bersemangat – Menteri Agama

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan menyatakan rasa kagum terhadap kepimpinan Perdana Menteri,...

Jangan Normalisasikan Kata-Kata Keji, Kesat – Menteri Agama

Jangan Normalisasikan Kata-Kata Keji, Kesat – Menteri Agama

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan mengingatkan agar penggunaan kata-kata keji dan kesat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd