• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Peristiwa Hitam’ Tabung Haji Akibat Pertembungan Politik – Ahli Parlimen BN

oleh Mynewshub
12/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Peristiwa Hitam’ Tabung Haji Akibat Pertembungan Politik – Ahli Parlimen BN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa menegaskan ‘peristiwa hitam’ dialami Tabung Haji adalah susulan pertembungan politik pada 2016.

Membahaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji dalam sidang khas di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata ‘peristiwa hitam’ itu berlaku pada Januari sehingga Februari 2016.

Beliau berkata, pada ketika itu, satu artikel bertajuk “Analisa Kewangan Tabung Haji 2009 – 2015” telah disiarkan secara meluas pada 9 Februari 2016.

Kesannya, berlaku pengeluaran luar biasa oleh pendeposit sebanyak RM41 juta pada 10 Februari 2016, diikuti RM49.8 juta pada 11 Februari 2016 dan RM27.9 juta pada 12 Februari 2016.

Rentetan itu, seramai 3,954 pendeposit bertindak menutup akaun, manakala 3,105 pendeposit turut hilang kelayakan untuk menunaikan haji.

“Faktanya, insiden yang berlaku akibat pertembungan politik telah menjejaskan kedudukan kewangan Tabung Haji pada tahun tersebut,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu bagaimanapun tidak terhenti di situ apabila naratif menakutkan rakyat terus dimomokkan oleh bekas Menteri Agama ketika itu kononnya Tabung Haji berada dalam keadaan bahaya.

Terdahulu, Mohd Isam berkata, matlamat RCI Tabung Haji bukan untuk memenuhi selera politik mana-mana pihak, tetapi tujuannya hanyalah untuk mencari fakta dan kebenaran.

Namun beliau tertanya mengapakah laporan RCI ini dengan sengaja didedahkan kepada umum ketika kempen pilihan raya di Negeri Sembilan sedang berlangsung.

“Adakah antara lainnya, ada cubaan untuk mempolitikkan Tabung Haji demi meraih undi rakyat di Negeri Sembilan?

“Faktanya, laporan RCI Tabung Haji telah lengkap pada tahun 2022 dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 14 Disember 2022.

“Saya mohon supaya perkara ini dijelaskan dan dinyatakan bersekali, atas alasan apa laporan RCI ini diperam untuk tempoh kira-kira empat tahun lamanya,” katanya.

Tambahnya, beliau mendapati masih banyak lagi perkara yang terlepas pandang daripada skop RCI tersebut antaranya tempoh masanya yang terhad dari tahun 2014 hingga 2020.

“Banyak perkara penting berlaku terhadap Tabung Haji pasca tahun 2020. Tempoh masa RCI ini sepatutnya dipanjangkan lagi sehingga sekurang-kurangnya ke tahun 2025.

“Saya menggesa suatu RCI baharu dibuat bagi tempoh 2021 sehingga 2025 untuk mengenal pasti kelemahan pengurusan dan operasi Tabung Haji bagi tempoh tersebut,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: 2016Ahli Parlimen TampinArtikelBarisan NasionalBNDatuk Mohd Isam Mohd IsDewan RakyatPendepositPeristiwa HitamRCISidang KhasTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Defisit Meningkat Kepada RM13.2 Bilion: ‘Pelan Pemulihan Tabung Haji Ibarat Tikus Membaiki Labu”

Defisit Meningkat Kepada RM13.2 Bilion: ‘Pelan Pemulihan Tabung Haji Ibarat Tikus Membaiki Labu”

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa mempersoalkan mengapa pelan pemulihan Tabung Haji...

‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim

‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Eric Lim Sian See mempersoalkan kenyataan Menteri Kewangan II,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd