• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

259 Kes Kematian Dalam Tahanan Disiasat Dari 2000-2015 – KDN

oleh Ahmad Albab
15/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 259 kes kematian dalam tahanan telah disiasat sejak tahun 2000 hingga kini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata dari jumlah itu, sebanyak 82 kes telah selesai dibuat inkues manakala 12 kes inkues masih lagi berjalan dan 100 kes telah diputuskan sebagai tiada tindakan lanjut.

“Manakala 34 kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, 10 kes dirujuk kepada Majistret, 16 kes masih lagi dalam siasatan dan lima kes telah dibuat pendakwaan,” katanya ketika menjawab soalan G.Manivanan (PKR-Kapar) di Dewan Rakyat hari ini.

Manivanan ingin tahu bilangan kes inkues yang melibatkan kematian dalam tahanan polis mengikut negeri selain statistik anggota polis dibawa ke mahkamah atas kesalahan menyebabkan kematian dalam tahanan.

Mengenai 82 kes kematian dalam tahanan yang selesai dibuat inkues, Wan Junaidi berkata Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 22 kes diikuti Johor (11), Kedah (10), Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (lapan), Pulau Pinang (tujuh), Perak (lima), Sarawak (empat), Kelantan (tiga), Sabah (dua) dan Perlis serta Terengganu (satu).

Bagi 12 kes inkues yang masih berjalan, Negeri Sembilan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu tiga kes selain masing-masing dua kes di Pulau Pinang, Selangor dan Sabah serta masing-masing satu kes di Perak, Kuala Lumpur dan Johor, katanya.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata sebanyak tiga kes pendakwaan anggota polis membabitkan pelbagai kesalahan dilaporkan dalam tempoh yang sama di mana dua kes telah dijatuhkan hukuman dan satu lagi kes masih lagi dalam perbicaraan. – BERNAMA

 

Tags: KDNTahanan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Geng’ Pro-Pakatan, Mazlan Aliman Letak Jawatan AJK PAS Pusat

Next Post

Halalkah Masjid Dibina DAP Parti Hentam Islam?

Related Posts

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

25/01/2025
0

JELI : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi menangani isu penyeludupan dan...

Dakwaan 17 Juta Data MyKad Bocor Tidak Benar – KDN

Dakwaan 17 Juta Data MyKad Bocor Tidak Benar – KDN

04/12/2024
0

JITRA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tidak wujud insiden kebocoran data sebanyak 17 juta yang sebagaimana didakwa seorang pengguna...

Next Post

Halalkah Masjid Dibina DAP Parti Hentam Islam?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd