• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim

oleh Mynewshub
12/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Defisit RM4 Bilion Terlebih Bayar Hibah, Defisit RM9 Bilion Selepas PH Ambil Alih’ – Eric Lim
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Eric Lim Sian See mempersoalkan kenyataan
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berhubung jumlah kerugian Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat semalam.

Menurut beliau, Amir Hamzah menyatakan TH menanggung kerugian hampir RM13 bilion akibat 14 pelaburan bermasalah yang disenaraikan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan tujuh daripadanya rugi 100 peratus.

“Mereka kini cuba mengaitkan hampir RM13 bilion kerugian dengan masalah sebelum 2018. Sedangkan defisit TH pada akhir 2017 bawah BN sekitar RM4.1 bilion (adalah) sebab terlebih bayar hibah (kepada pendeposit)

“Selepas PH ambil alih dan memainkan propagada yang menyebabkan bank run, defisit melonjak kepada sekitar RM10.9 bilion pada akhir 2018 dan terus meningkat kepada kira-kira RM13.2 bilion bawah UJSB (Urusharta Jamaah Sdn Bhd) pada akhir 2025.

“Maknanya, sekitar RM9 bilion daripada pertambahan defisit itu berlaku selepas PH mengambil alih,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Justeru, Eric Lim berkata, Amir Hamzah tidak sepatutnya mencampurkan semua kerugian tersebut untuk menyalahkan pentadbiran terdahulu.

“Asingkan dengan jujur. RM4.1 bilion diwarisi dari BN sebab terlebih bayar hibah. Sekitar RM9 bilion lagi muncul selepas itu yang hilang pada pasaran,” katanya.

Terdahulu, beliau mempersoalkan mengapa audit forensik terhadap pelaburan yang disenaraikan tersebut tidak didedahkan dalam sidang khas di Dewan Rakyat semalam.

Kata beliau, jika benar 14 pelaburan tersebut menyebabkan TH rugi hampir RM13 bilion, laporan forensik itulah bukti terbaik kerajaan.

“Atau kerajaan bimbang laporan-laporan itu dibuka kepada rakyat, angka sebenar akan menunjukkan bahawa naratif 14 pelaburan = kerugian RM13 bilion sebenarnya tidak benar?

“Jika MK2 (Menteri Kewangan II) benar-benar telah mengelirukan Parlimen dan rakyat mengenai perkara sebesar RM13 bilion, beliau patut meletakkan jawatan,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Eric See-To – Lim Sian See

Tags: Bank RunBekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan NasionalBNDatuk Seri Amir Hamzah AzizanDewan RakyatEric Lim Sian Seehibahkerugianlaporan RCImengelirukanMenteri Kewangan IIpelaburanRM13 BilionRM4 BilionRM9 BilionSidang KhasTabung HajiTH
Share233Tweet146SendShare

Related Posts

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan menyarankan PAS menggunakan lambang Barisan Nasional (BN)...

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

Johor Super Crown Polo Buka Potensi Pelaburan Ratusan Bilion Untuk Johor

11/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Penganjuran Johor Super Crown Polo membuka potensi pelaburan bernilai ratusan bilion untuk Johor, menurut Pemangku Sultan Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd