KHAMIS ini menjelmalah Ramadan maka kita semua akan menjalani ibadah puasa. Sesungguhnya Ramadan mempunyai barakah tersendiri kerana mengenangnya sahaja sudah cukup untuk membuatkan hati berbunga gembira.
Selain dapat mendekatkan diri kepada Pencipta dengan amalan dikira berlipat ganda, kegembiraan menyambut Ramadan adalah melihat kemeriahan di sana sini, baik dari segi bilangan pengunjung rumah Allah yang mahu menunaikan solat Terawih mahupun jualan makanan dan pakaian di bazar-bazar dan pusat beli belah yang melebihi kadar biasa.
Bagi yang tak mahu terkocoh-kocoh di saat akhir, persiapan lebaran kelak berupa pakaian serba baru sudahpun disiapkan jadi bolehlah diri menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah.
Bagi yang mempunyai pendirian seumpama ini, terdapat satu tempat di mana anda boleh mendapatkan koleksi Hari Raya yang menarik, berkualiti dan paling utama eksklusif. Maklumlah, ada yang memberi alasan tak mahu berbelanja awal untuk pakaian raya kerana bimbang jika nanti ada fesyen terbaru keluar di pertengahan Ramadan dan baju yang dibeli awal kelihatan ketinggalan masa.
Sama ada memilih untuk berkunjung ke butik (psst! anda dapat 20% kalau beli di sini) mahu pun melakukannya di rumah dengan penuh selesa menerusi belian atas talian, Bianco Mimosa menawarkan koleksi hari raya pada harga mampu beli yang pasti menambat hati sesiapa sahaja.
Kami tahu ramai yang punyai bajet besar untuk melaram di Aidilfitri tapi khas buat mereka yang “takut-takut” mahu meneliti koleksi di butik pereka seperti Bianco Mimosa yang biasanya mencecah ribuan ringgit, redakan perasaan itu kerana kami mahu kongsikan di sini kurung-kurung raya yang telah diberikan potongan harga istimewa dan penuh kasih sayang oleh pemilik butik ini yang baik hati, Dato’ Ida Suraya Mustapha.
[Salute! Bos Syarikat ‘Engineering’ Buka Butik, Reka Sendiri Fesyen]
Harga tersebut diberikan kerana beliau mahu semua orang dapat merasa memakai pakaian hand-made sekaligus mengetahui kualiti dan keselesaan busana ditawarkan Bianco Mimosa.
Ok, jom lihat koleksi raya yang cantik-cantik belaka dan dijual pada harga sangat berpatutan bagi helaian menggunakan fabrik dan perincian bermutu tinggi seperti ini.. kesemuanya pada harga di bawah RM400!
Asmara Modern Jubah – RM259.00
Tersedia dalam warna krim, hitam dan kelabu gelap jubah moden yang ranggi ini dihiasi cetakan rerama yang menaikkan lagi aura feminin sekaligus membuatkan pemakainya kelihatan manis.
MiColours Kurung Classic – RM319.00
Serius cakap, memang berbaloi-baloi dapatkan kurung klasik MiColours ini kerana sebilangan daripada 10 warna untuk setiap helai adalah ‘rare’ dan payah nak jumpa. Contohnya hijau tropika dan hijau laut, merah jambu ‘bubble gum’ dan merah jambu fuschia serta kelabu gelap dan abu-abu. Bukan itu sahaja, setiap pasang mempunyai perincian BERBEZA jadi mustahil untuk baju anda serupa dengan orang lain. Kualiti fabriknya pula buat ia cukup selesa bila disarung ke tubuh.
Kurung Moden MiLoma – RM329.00
Antara dilema ketika raya adalah sedang seronok menikmati juadah enak seperti ketupat, lemang dan lontong, sedar-sedar lengan baju sudah comot tercelup kuah kacang atau rendang. Kurung moden MiLoma adalah pilihan terbaik jika mahu mengelak insiden ini. Ianya bukan sahaja stylo digayakan remaja malah menyediakan ciri istimewa buat ibu muda kerana piping hiasan pada leher bukan sahaja memberi ilusi langsing malah menyembunyikan zip yang boleh dibuka untuk memudahkan breastfeeding.
 Jubah moden MiMalaika – RM359.00
Semakin ramai wanita Malaysia memilih jubah bagi menggantikan kurung namun sayangnya kebanyakan pilihan yang ada begitu lame. Berlainan dengan MiMalaika, keistimewaannya terletak pada effort pereka menzahirkan keindahan fabrik yang teralun indah bersama langkah si pemakai. Didatangkan dalam 9 warna menarik, rekaan jubah nampak amat eksklusif dengan perincian piping yang teliti.
Kurung moden MiOrange Pleated Bones – RM399.00
Amat sesuai untuk mereka yang gemar tampil dengan gaya tersendiri, kurung moden MiOrange pasti mencuri tumpuan dengan keunikan helaian Georgette oren yang terbelah belakang menampakkan corak inspirasi safari. Satu yang pasti, rekaan begini hampir mustahil ditemui jika baju raya anda dibeli di pusat beli belah atau butik yang menghasilkan puluhan, malah ratusan helai kurung sama rekaan untuk dilambakkan kepada pelanggan sempena lebaran.
Bagaimana, ada yang berkenan di hati?
Sebenarnya terdapat banyak lagi koleksi Raya edisi terhad sedang menanti pemiliknya, dengan diskaun istimewa diberikan untuk kesemua koleksi jubah, baju kurung dan kurung moden.
Apa yang perlu dilakukan cuma layari laman web Bianco Mimosa dan amati sendiri pilihan paling sesuai dengan gaya dan bajet anda..
Selain laman web, koleksi Bianco Mimosa juga boleh diintai di saluran sosial mereka iaitu Instagram biancomimosaofficial atau Facebook www.facebook.com/bianco.mimosa.
Bagaimanapun istimewa bagi mereka yang berkunjung sendiri ke butik yang terletak di No 48-G, Jalan Nautika, B U20/B, Pusat Komersial TSB, 40160 Sungai Buloh, Selangor diskaun sebanyak 20% akan diberikan (wow, banyak tu.. lagi pula boleh terus fitting kan?)
Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan di talian 03-61450029. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=6Iq1hsnZpCM
Oleh: Rem Ramzi
Video: Riza Razak














