• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

oleh Mynewshub
11/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat hadir Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji di Dewan Rakyat hari ini mendakwa orang Melayu Islam telah dikhianati.

Beliau yang sedang menjalani rawatan kesihatan menerusi satu hantaran di media sosial mendakwa masih ada pihak yang melaung-laungkan tentang Melayu Islam cuba main drama politik dalam Dewan Rakyat.

“Nak bahas tentang saya, atau nak bahas tentang Tabung Haji? Nak ambil tahu tentang saya, atau nak ambil tahu tentang pengkhianatan terhadap Tabung Haji?

“Orang Melayu Islam telah dikhianati, tapi masih ada yang mahu main drama politik? Apatah lagi datang dari pihak yang melaung-laungkan tentang Melayu Islam.

“Apakah PN yang ditunjangi PAS tidak pentingkan kepentingan orang susah, nelayan, petani, guru, polis, tentera, pesara yang mengerah keringat untuk menyimpan wang dalam Tabung Haji untuk menunaikan Rukun Islam kelima?,” katanya.

Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan RCI Lembaga Tabung Haji di Dewan Rakyat tetap diteruskan hari ini walaupun blok pembangkang mendesak ia ditangguhkan sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat hadir membentangkan sendiri.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegaskan perkara itu adalah keputusan beliau dan mana-mana Ahli Parlimen pembangkang yang tidak mahu mengikuti pembentangan itu diizinkan keluar daripada Dewan Rakyat.

Susulan itu sebahagian besar Ahli Parlimen pembangkang kecuali daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertindak meninggalkan Dewan Rakyat.

Pembangkang antaranya membangkitkan bahawa pembentangan RCI tersebut adalah di atas permohonan Perdana Menteri, jadi adalah penting untuk ia ditangguhkan sehingga Anwar dapat hadir ke Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen pembangkang turut menegaskan Perdana Menteri bertanggungjawab untuk membentangkannya kerana beliau yang membangkitkan perkara itu dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan baru-baru ini. – MYNEWSHUB

 

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimDikhianatiislamLaporan Suruhanjaya Siasatan Dirajalembaga tabung hajiOrang MelayuPerdana MenteriRCI
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd