BANGI – Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan memenuhi undangan masyarakat setempat apabila menghadiri Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-35 We Ling Temple di Bandar Mahkota Cheras.
Menerusi hantaran di media sosial, Syahredzan memaklumkan beliau hadir ke majlis berkenaan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, David Cheong Kian Young.
“Memenuhi undangan. Hadir ke Majlis Makan Malam Ulangtahun ke-35 We Ling Temple, Bandar Mahkota Cheras. Turut hadir, YB David Cheong Kian Young, ADUN Kajang,” katanya menerusi hantaran tersebut.
Hantaran itu turut disertakan dalam bahasa Mandarin.
Semalam, Syahredzan turut berkongsi mengenai kehadirannya ke Majlis Makan Malam Persatuan Penganut Dewa Liu Ren Xian Shi Kajang, Selangor.
Beliau memaklumkan bahawa kehadiran tersebut adalah bagi memenuhi undangan ke majlis makan malam tahunan persatuan berkenaan.
“Saya telah memenuhi undangan untuk hadir ke Majlis Makan Malam Persatuan Penganut Dewa Liu Ren Xian Shi Kajang Selangor tempoh hari,” katanya.
Kedua-dua hantaran tersebut turut menggunakan tanda pagar #DemiBangi. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Syahredzan Johan




