• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkenal ‘Uniform Sekolah Madani’ Berbanding Didik Rakyat Berhutang – Anuar Ahmad

oleh Mynewshub
09/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Perkenal ‘Uniform Sekolah Madani’ Berbanding Didik Rakyat Berhutang – Anuar Ahmad
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad menyarankan kerajaan mengawal harga pakaian seragam sekolah berbanding menyediakan kemudahan bayaran ansuran kepada ibu bapa.

Beliau menerusi satu hantaran di media sosial melontarkan pandangan supaya pakaian seragam sekolah juga dikategorikan sebagai barangan kawalan harga.

“Cadangan kedua yang lebih menarik. Kerajaan syorkan kepada para pengilang keluarkan jenama ‘Uniform Sekolah Madani’. Uniform sekolah mampu milik.

“Ini jauh lebih baik dari didik rakyat berhutang untuk tujuan berbelanja pakai habis,” katanya.

Semalam Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan kerajaan melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah anak-anak.

Pendekatan tersebut bagi membantu dan mengurangkan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

Terdahulu, Anuar berkata, beliau menyokong penuh apa juga usaha untuk meringankan beban kewangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan anak-anak.

Menurutnya, beli baju sekolah secara ansuran adalah usaha yang baik selagi harganya dijamin masih sama atau lebih murah berbanding harga baju sekolah di pasaran.

Menurut beliau, sekiranya harga lebih mahal walaupun sedikit kerana dibayar secara ansuran, idea itu tidak patut dilaksanakan.

“Saya punya pandangan yang berbeza. Beli baju sekolah anak-anak ini macam kita beli ayam, daging, minyak masak atau tepung sebelum raya.

“Bila tiba musim perayaan, permintaan meningkat, maka harga biasanya akan juga meningkat.

“Sebab itu kita ada undang -undang kawalan harga barangan asas supaya tidak membebankan rakyat.

“Baju sekolah pun sama. Bila tiba musim sekolah dibuka, ibu bapa akan mula membeli.

“Pembelian begini meningkatkan permintaan secara mendadak. Harga berkemungkinan besar akan ikut meningkat.

“Sebab itu baju sekolah juga sepatutnya dikategorikan sebagai barangan kawalan harga.

“Supaya harga baju sekolah tidak meningkat bila musim sekolah dibuka. Kawal harga baju sekolah adalah tindakan yang wajar dan membantu rakyat.

“Tentunya kerajaan perlu bina mekanisme dan garisan panduan yang jelas untuk kawal harga baju sekolah sebab baju sekolah pun ada kualiti kain yang berbeza,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anuar Ahmad

 

Tags: barangan kawalan harga.bayaran ansurandikategorikanDr. Anuar AhmadKawal Hargapakaian seragam sekolahpakar pendidikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

08/08/2026
0

NIBONG TEBAL - Kerajaan mengambil langkah bijak dan pendekatan di luar kotak bagi mengurangkan beban golongan ibu bapa dengan menyediakan...

Tambah Guru, Baiki Tandas Sekolah… Itu Bukan Reformasi Pendidikan – Anuar

Tambah Guru, Baiki Tandas Sekolah… Itu Bukan Reformasi Pendidikan – Anuar

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Tambah guru, baiki tandas, tambah bajet, baiki sekolah daif, buat kurikulum baharu, kurangkan beban tugas guru, buat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd