• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Saring Bagasi, Bungkusan Pantau Ubat & Kosmetik Haram

oleh Ahmad Albab
15/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan bagasi, bungkusan pos dan kurier di semua pintu masuk negara bagi mengelakkan ubat tidak berdaftar dan ubat haram dibawa masuk, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata orang ramai yang pulang dari luar negara pula hanya dibenarkan membawa bersama sebagai sebahagian daripada bagasi mereka apa-apa keluaran kesihatan bagi kegunaan sendiri atau ahli keluarga dalam kuantiti tidak melebihi kegunaan seorang untuk sebulan.

Katanya Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (PKDK) menetapkan hanya keluaran yang berdaftar dan pengimport yang diberi lesen mengimport sahaja dibenarkan mengimport barangan terbabit ke negara ini.

“Secara amnya, orang ramai tidak dibenarkan mengimport ubat-ubatan yang tidak berdaftar sama ada melalui pos atau kurier,” katanya dalam kenyataan
di sini hari ini.

Menurutnya, ia bagi melindungi orang ramai daripada peniaga tidak bertanggungjawab yang menawarkan ubat dan kosmetik terutama ubat perangsang seksual dan pelangsing badan yang mungkin dicampur dengan bahan aktif tidak dibenarkan atau memerlukan preskripsi pengamal perubatan dalam laman sesawang.

Dr Noor Hisham berkata saringan di pintu masuk negara dijalankan oleh pegawai penguat kuasa farmasi dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia(JKDM) dan ejen-ejen kurier seperti Pos Malaysia.

“Pegawai penguat kuasa farmasi memainkan peranan sebagai penasihat teknikal dan sentiasa bertugas bersama dengan pegawai JKDM dan pegawai Pos bagi memastikan tugas dilaksanakan mengikut prosedur operasi piawai dan peraturan yang dikuatkuasakan,” katanya.

Menurutnya sejak PKDK diwartakan, sebanyak 48,145 jenis ubat terkawal, suplemen kesihatan dan ubat tradisional didaftarkan di Malaysia.

“Kuantiti ini mencukupi untuk mendiagnosis, mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit. Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan supaya hanya menggunakan ubat yang berdaftar dengan kementerian serta mendapatkan nasihat pengamal perubatan atau ahli farmasi sebelum menggunakan sesuatu ubat,” katanya.

Beliau berkata sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan mengenai pengimportan ubat-ubatan dan kosmetik, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasa Farmasi di talian 03-78413200 atau mana-mana pejabat Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri.

Orang ramai juga boleh menyemak status sesuatu keluaran melalui laman sesawang www.pharmacy.gov.my atau www.bpfk.gov.my atau memuat turun secara percuma aplikasi telefon pintar android myHealth. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=GKxjvdK9uuM&index=10&list=PLTWicrVjU6aTGBdVMDjgGM5dQpoYJG9S8

Tags: KKMubat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd