KUALA PILAH – Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan hari ini.
Memetik laporan media, Istiadat mengangkat sumpah dilakukan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti di sini.
ADUN daripada Barisan Nasional (BN) yang mengangkat sumpah termasuk Datuk Mohd Faizal Ramli (Linggi), Datuk Zaifulbahri Idris (Chembong) dan Datuk Mustapha Nagoor (Palong)
ADUN BN lain yang dilantik sebagai EXCO ialah Datuk Mohd Razi Mohd Ali (Sungai Lui), Siti Nur Umaira Hasim (Labu), Siow Kong Choon (Chennah), Datuk Mohd Asna Amin(Lenggeng) dan Suhaimizan Bizar (Gemencheh)
Manakala dua ADUN daripada Perikatan Nasional (PH) ialah Mohd Fairuz Mohd Isa (Serting) dan Datuk Razali Abu Samah (Sikamat) – MYNEWSHUB


