• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pentadbiran Kerajaan Madani Cemerlang, Tidak Perlu Bubar Parlimen – Saifuddin Shafi

oleh Mynewshub
05/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pentadbiran Kerajaan Madani Cemerlang, Tidak Perlu Bubar Parlimen – Saifuddin Shafi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Shafi Muhammad menolak saranan supaya Parlimen dibubarkan sekiranya DAP keluar daripada pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Menurut beliau, pentadbiran sesebuah kerajaan dibina hasil daripada mandat rakyat dan seharusnya diselesaikan dalam tempoh satu penggal penuh.

“Apatah lagi kecemerlangan pentadbiran itu terbukti memacu pertumbuhan ekonomi negara,” dakwanya menerusi satu kenyataan di media sosial.

Saifuddin Shafi seterusnya mendakwa, jika akar umbi DAP mengambil keputusan agar pimpinan mereka meninggalkan posisi pentadbiran, keadaan tetap stabil kerana Ahli Parlimen mereka masih lagi menjadi sebahagian daripada blok penyokong kerajaan.

Dakwa beliau, keputusan DAP itu jika berlaku adalah lebih kepada tindakan strategik bagi menumpukan kepada pengukuhan stuktur parti itu dan sewajarnya dihormati oleh semua komponen sahabat dan juga parti lain.

Justeru, dakwanya, semua pihak terutama PKR percaya DAP akan terus memainkan peranan dalam memberikan pandangan semak imbang serta perkongsian pengalaman yang diperlukan oleh pentadbiran kerajaan selain terus meningkatkan mutu perkhidmatan kepada kawasan Parlimen yang mereka wakili.

“Dengan dibarisi lebih dua pertiga Ahli Parlimen, pastinya Kerajaan Madani tidak akan menghadapi masalah untuk melengkapkan jumlah Menteri Kabinet yang diperlukan bagi membantu kelancaran pentadbiran,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Saifuddin Shafi Muhammad

Tags: bubarcemerlangDAPKerajaan MadaniParlimenparti keadilan rakyatpentadbiranPKRSaifuddin Shafi MuhammadTidak PerluTimbalan Setiausaha Agung
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DAP Tidak Mendatangkan Impak Buruk – Timbalan Setiausaha Agung PKR

DAP Tidak Mendatangkan Impak Buruk – Timbalan Setiausaha Agung PKR

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Shafi Muhammad mendakwa keberadaan wakil DAP dalam pentadbiran Kerajaan...

ADUN Tronoh Minta DAP Kekal Dalam Kerajaan Perpaduan

ADUN Tronoh Minta DAP Kekal Dalam Kerajaan Perpaduan

04/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Hal Ehwal Antarabangsa Pemuda DAP (DAPSY) Kebangsaan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Steven...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd