• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MERHROM Jangan Besar Kepala, Malaysia Negara Berdaulat

oleh Mynewshub
04/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
MERHROM Jangan Besar Kepala, Malaysia Negara Berdaulat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Lee Yee Yuan menyifatkan kenyataan Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia (MERHROM) mendesak serta mempertikaikan keputusan kerajaan untuk menghantar pulang kira-kira 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar sebagai satu kenyataan yang biadap.

Menurut beliau, Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, merdeka dan mempunyai sistem perundangan sendiri, justeru MERHROM tidak berhak menentukan bagaimana kerajaan menguruskan negara.

“Pertama, siapa kamu yang hendak mengajar Kerajaan Malaysia bagaimana untuk menguruskan negara ini?

“Malaysia sebuah negara yang berdaulat, merdeka, dan mempunyai sistem perundangannya yang tersendiri. Kamu tidak berhak menentukan bagaimana kerajaan kami harus melaksanakan tanggungjawab terhadap negara dan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Yee Yuan berkata, urusan penghantaran pulang, keselamatan sempadan dan hal ehwal imigresen adalah hak mutlak Kerajaan Malaysia.

Beliau turut menyifatkan tindakan MERHROM yang terus menekan pentadbiran negara serta menggesa ASEAN, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan masyarakat antarabangsa supaya tidak membenarkan penghantaran pulang dibuat tanpa jaminan keselamatan yang kukuh sebagai tindakan yang tidak menghormati negara tuan rumah.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya kekal tegas dengan sebarang keputusan yang berpihak kepada kepentingan nasional serta keselamatan rakyat Malaysia.

Dalam masa sama, Yee Yuan turut mengingatkan MERHROM agar tidak mengambil kesempatan atas kebaikan dan budi bicara rakyat Malaysia.

“Kepada MERHROM, ingat kedudukan anda. Jangan ambil kesempatan ke atas kebaikan dan budi bicara rakyat Malaysia selama ini dan jangan besar kepala,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial MCA

Tags: Besar KepalaLee Yee YuanMERHROMNaib Ketua Pemuda MCA KebangsaanPertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

200 Pelarian Rohingya Di Malaysia Hadiri Himpunan Tabligh

20/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM) akan membantu kerajaan Malaysia menangani penularan COVID-19, selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd