KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), Zamir Ghazali mendakwa beliau bersama keluarganya akan mengeluarkan simpanan di Tabung Haji sekiranya UMNO dan PAS membentuk kerajaan Persekutuan pada masa akan datang.
Dakwaan itu dibuat menerusi satu hantaran di media sosial semalam.
Zamir mendakwa konon beliau tidak mempercayai UMNO dan PAS dalam soal menjaga amanah kerana mendakwa kedua-dua parti itu lemah dari segi integriti.
“Maaf. Saya tidak percaya dengan kumpulan mereka. Adalah lebih selamat di waktu itu alih simpan di ASB.
“Sekurang-kurangnya ASB terlindung dalam pelbagai undang-undang kewangan yang lebih ketat,” dakwanya.
Sementara itu, beberapa netizen dilihat mengkritik kenyataan berkenaan di ruangan komen.
Seorang pengguna Facebook, Abdul Wahab, menulis:
“Buat apa tunggu kerajaan berubah, besok gi terus Tabung Haji keluarkan semua duit tu, ghiso juga kot miker tak sempat nanti, bulan Okt ni kerajaan berubah.”
Seorang lagi pengguna, Abu Hassan Al-Gerikas pula berkata:
“Silakan saudara. Cuma lebih baik delete post ini takut terpengaruh dengan pujukan saudara. Nanti tak dapat gie haji nak salahkan kerajaan juga keee” – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Zamir Ghazali
Penafian:
Laporan ini memetik kenyataan yang dimuat naik oleh individu terbabit di media sosial serta reaksi pengguna di ruangan komen. Kenyataan tersebut adalah pandangan peribadi pihak berkenaan dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Mynewshub.



