• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Kembali Ke DUN Negeri Sembilan, Wee Ka Siong Ucap Terima Kasih Kepada Pengundi

oleh Mynewshub
01/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
MCA Kembali Ke DUN Negeri Sembilan, Wee Ka Siong Ucap Terima Kasih Kepada Pengundi
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menzahirkan penghargaan kepada pengundi Negeri Sembilan selepas parti itu kembali mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN)

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memberi mandat kepada calon-calon Barisan Nasional (BN), selain menghargai jentera BN, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis Diraja Malaysia (PDRM), para sukarelawan dan semua pihak yang memastikan perjalanan PRN berlangsung lancar.

“Tahniah kepada semua yang menang,” katanya dalam satu hantaran di media sosial pada Sabtu.

Ka Siong berkata, dua calon BN-MCA berjaya memenangi kerusi DUN apabila Siow Kong Choon (John Siow) menewaskan penyandang, Anthony Loke di DUN Chennah, manakala Koh Kim Swee (Ah Swee) memenangi kerusi DUN Repah.

Beliau turut berpesan kepada kedua-dua wakil rakyat itu supaya membawa suara rakyat ke DUN dan berkhidmat dengan sepenuh hati untuk rakyat Negeri Sembilan.

“Kepada John dan Ah Swee, bawalah suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri dengan baik dan berkhidmatlah dengan sepenuh hati untuk rakyat Negeri Sembilan,” katanya.

Dalam pada itu, Wee turut memberi semangat kepada calon-calon BN, khususnya daripada MCA yang tidak berjaya dalam PRN kali ini agar terus berkhidmat kepada rakyat.

“Perkhidmatan untuk rakyat tidak pernah ditakrifkan dengan memegang jawatan; rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan kita,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Dr Wee Ka SiongPresiden MCAPRN Negeri SembilanTerima Kasih Pengundi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Tidak Akan Berputus Asa – Nga Kor Ming

PH Tidak Akan Berputus Asa – Nga Kor Ming

01/08/2026
0

SEREMBAN - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menegaskan Pakatan Harapan (PH) tidak akan berputus asa meskipun keputusan Pilihan...

Terima Kasih Nga Kor Ming, Bila Nak Letak Jawatan? – Akmal Saleh

Terima Kasih Nga Kor Ming, Bila Nak Letak Jawatan? – Akmal Saleh

01/08/2026
0

SEREMBAN – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menyindir Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming susulan keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd