SEREMBAN – Pemilik akaun media sosial Fairus Ahmad menceritakan pengalamannya pada malam 9 Mei 2018 apabila Barisan Nasional (BN) tewas kepada Pakatan Harapan (PH)
Menurutnya, beliau antara ‘saksi hidup’ kejadian malam tersebut yang menyaksikan jalan ke Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan disekat oleh penyokong PH.
“Sementara tu, dari luar rumah MB, mereka menjerit menghalau Tok Mat keluar… Kami dah menang, Mat Hasan berambus”, masih terngiang di telinga saya,” katanya.
Berikut hantaran penuh di muat naik di akaun media sosial Fairus Ahmad:
PRU14 | 9hb Mei 2018
Saya antara saksi hidup di malam kejadian…
Saya dan kawan bertolak dari Rantau pukul 9.00 malam, selepas tahu keputusan PRU14 tidak memihak kepada BN. Sampai di pertengahan jalan, di Mambau ada roadblock. Pihak polis tanya nak ke mana, saya jawab, “…kami nak ke rumah MB” (TokMat). Pihak polis nampak kami pakai baju BN, kereta ada logo BN. Untuk keselamatan, polis suruh kami tukar baju, tanggal sticker dan apa sahaja logo BN jangan pamerkan.
Kami faham dan akur…
Masuk je kawasan Rasah, suasana terus berubah, tak macam suasana di Rantau. Penyokong² mengibar bendera PH di pinggir² jalan. Bunga api dan jeritan penyokong serta hon kenderaan sahut-sahutan. Menandakan mereka sedang meraikan kemenangan. Sampai sahaja di Seremban, lalu ikut jalan belakang SMK KGV sebelah Shell tu. Tapi sepanjang laluan nak masuk ke kediaman MB dipenuhi penyokong PH yang terlalu agresif. Mereka menghalang jalan, membuat provokasi dan menahan kenderaan yang menuju ke rumah MB.
Saya dan kawan berpusing sekeliling kawasan sekitar, lalu depan Padang MBS, naik ke arah Istana Hinggap, turun ke arah Makam Sheikh Ahmad Said. Kemudian pusing depan Ocean (Seremban Centrepoint), masuk Jalan Penghulu Cantik dekat Mara NS, pusing ikut Dewan PEKERTI, turun balik lalu dekat Lake Garden, pusing lagi ikut laluan yang sama 2-3 kali. Tak lepas² sehingga tersadai sampai pukul 2 pagi di Ampangan.
Sepanjang laluan pusing balik tu kami kena block dengan penyokong PH 2-3 kali. Kereta kena tahan… Cermin kena ketuk keras. Kena soal macam lagak polis. Bila cakap nak ke rumah MB. Terus kena halau, kena maki. Dari jauh nampak rumah MB kena kepung dan ada cubaan pecah masuk dari arah belakang dekat kawasan taman luar tu.
Dahsyat kan?
Sementara tu, dari luar rumah MB, mereka menjerit menghalau TokMat keluar…
“…kami dah menang, Mat Hasan berambus”, masih terngiang di telinga saya.
Jadi… Jangan nafikan perkara ni. Ianya berlaku. Dan menjadi kisah sejarah dalam pengalaman hidup saya.
Dan jika ditakdirkan oleh Allah SWT… Malam 1hb Ogos ni PH tumbang ni NS. Jangan risau, kami tak akan buat perkara yang sama seperti mana PH pernah lakukan dulu. Ambil lah masa untuk berkemas dan bersiap untuk berpindah dalam tempoh seminggu selepas pengumuman keputusan PRN dibuat. Tak perlu tergesa, bertenang dan ambil lah masa kamu.
Kami tak kejam…
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Fairus Ahmad

