SEREMBAN – Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mendakwa berlaku politik wang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Ketuanya, Mohamad Fadil Md Zin berkata, perbuatan itu melibatkan pemberian wang minyak di beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN)
“Duit subsidi minyak sedang diagihkan dengarnya di beberapa DUN, tapi Alhamdulillah jiwa anak muda semua masih kental.
“Akan mengundi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada 1 Ogos 2026. Terima kasih semua,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Di ruangan komen, netizen turut mendakwa mereka menerima maklumat mengenai dakwaan pengagihan wang minyak.
Seorang pengguna Facebook, Azim Ferani, menulis: “Betul saya dengar pun macam tu juga… tapi apa-apa pun anak muda pastikan undi BN kali ini.”
Seorang lagi pengguna, Abdul Hashim Mohamed Dastiger, pula berkata: “Dia bagi kita ambil, undi kena bijak. Jangan kena kencing lagi.” – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohamad Fadil


