• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalaluddin Rayu Anggota Tentera, Polis Pilih BN – “Undilah Dengan Hati Nurani Demi Negeri Sembilan”

oleh Mynewshub
27/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Jalaluddin Rayu Anggota Tentera, Polis Pilih BN – “Undilah Dengan Hati Nurani Demi Negeri Sembilan”
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Anggota pasukan keselamatan khususnya tentera dan polis yang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal esok diseru supaya tidak berasa takut untuk membuat pilihan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, undi mereka adalah hak demokrasi sebagai warganegara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, anggota pasukan barisan hadapan tidak seharusnya membiarkan sesiapa mempengaruhi pilihan mereka kerana undi merupakan hak yang diberikan kepada setiap rakyat Malaysia.

“Kepada semua wira negara yang saya kasihi dan hormati, saya ingin memohon serta mengingatkan saudara-saudari bahawa undi kita adalah hak demokrasi setiap warganegara.

“Hak ini dijamin oleh Perlembagaan dan hendaklah kita laksanakan dengan penuh tanggungjawab serta bebas tanpa rasa takut, tekanan atau campur tangan daripada mana-mana pihak,” katanya menerusi satu rakaman video di media sosial hari ini.

Seramai 22,339 anggota keselamatan dan pasangan akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 pada 28 Julai.

Jalaluddin seterusnya menyeru anggota pasukan keselamatan yang akan mengundi awal supaya membuat keputusan berdasarkan hati nurani demi masa depan negeri dan negara serta kestabilan yang diinginkan semua.

Justeru, beliau berharap seluruh pengundi awal akan keluar mengundi esok dan memberikan sokongan serta mandat kepada calon Barisan Nasional (BN) demi memastikan kepimpinan yang berpengalaman mentadbir negeri ini.

Beliau percaya pengalaman berpuluh-puluh tahun BN mentadbir negeri dan negara mampu memastikan Negeri Sembilan kembali stabil serta mengutamakan kebajikan rakyat.

“Selamat mengundi. Laksanakan
tanggungjawab dengan penuh integriti dan yakinlah bahawa setiap undi yang diberikan membawa makna kepada masa depan negeri dan negara yang kita sayangi, demi negeri kita, demi rakyat dan demi masa depan yang lebih gemilang.

“Saya ucapkan terima kasih terlebih dahulu. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah dan segala urusan kita,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Barisan NasionalBNDatuk Seri Jalaluddin AliasDemokrasiEsokHati NuraniJangan TakutPengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilanpengundi awalPerlembagaanPRN Negeri SembilanrayuTekananUndi
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

03/09/2026
0

SHAH ALAM - UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpendirian lebih baik Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal sebelum...

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

28/08/2026
0

HUBUNGAN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan seperti sebuah kerjasama politik secara ‘paksa rela’ sepatutnya sudah sampai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd