• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelancaran Manifesto BN: ‘Skim Salam Sejahtera’ Paling Dapat Perhatian

oleh Mynewshub
25/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pelancaran Manifesto BN: ‘Skim Salam Sejahtera’ Paling Dapat Perhatian
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – ‘Skim Salam Sejahtera’ yang ditawarkan oleh Barisan Nasional (BN) menerusi manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan malam tadi antara yang paling mendapat perhatian ramai.

Skim itu meraih perhatian apabila menawarkan pelbagai bentuk bantuan yang merangkumi setiap fasa kehidupan rakyat, daripada kelahiran sehinggalah kepada bantuan kepada waris selepas kematian.

Manifesto BN untuk rakyat Negeri Sembilan itu malah dianggap jauh lebih realistik dan praktikal untuk dilaksanakan berbanding tawaran yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH)

Menerusi skim berkenaan, BN menawarkan pelbagai insentif kepada bayi, pelajar, mahasiswa, belia, warga emas dan golongan memerlukan sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kebajikan rakyat sekiranya diberi mandat mentadbir Negeri Sembilan.

Bagi bayi dan kanak-kanak, BN menjanjikan caruman RM200 ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) serta bantuan tunai RM200 bagi setiap kelahiran baharu anak Negeri Sembilan.

Untuk pelajar sekolah, manifesto itu menawarkan bantuan kemasukan RM500 ke sekolah asrama penuh selain bantuan tambahan RM200 bagi tambang bas sekolah berdaftar pada setiap sesi persekolahan.

Golongan siswa dan siswazah pula bakal menikmati bantuan khas kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu RM1,500 bagi Ijazah Sarjana Muda, RM750 bagi Diploma, RM500 bagi Sijil dan RM300 bagi pelajar Tingkatan Enam.

Selain itu, BN turut menjanjikan anugerah khas RM500 kepada pelajar yang menamatkan pengajian di IPT, manakala graduan yang memperoleh Ijazah Kelas Pertama akan menerima ganjaran khas RM5,000.

Bagi golongan belia, BN menawarkan bantuan perkahwinan RM1,000 kepada setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, warga emas pula akan menerima sumbangan keceriaan RM200 kepada yang berusia 65 tahun ke atas, sambutan hari lahir RM300 bagi yang berusia 75 tahun ke atas, serta sumbangan masuk rumah RM500 kepada penghuni rumah mesra rakyat, rumah kos rendah dan rumah kos sederhana.

Di bawah komponen ‘Salam Takziah’, manifesto itu turut menjanjikan sumbangan kematian kepada waris penerima bantuan kebajikan masyarakat bersamaan nilai bantuan sebulan, sebagai tanda keprihatinan terhadap keluarga yang ditimpa musibah.

Manifesto bertemakan “Hebatkan Semula Negeri Sembilan, Kestabilan Dibina, Negeri Dijaga, Rakyat Dibela, Kemakmuran Dicipta” itu diumumkan Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut Mohamad, manifesto yang dibentangkan bagi PRN16 kali ini bukan sekadar himpunan janji politik, sebaliknya komitmen yang realistik dan mampu dilaksanakan.

“Saya katakan tadi bahawa kita tak bina manifesto yang janji yang bukan-bukan. Kita tidak akan bentangkan manifesto yang tak boleh kita lakukan. Kita tak mahu kata bahawa kita tak sangka kita menang dan manifesto ini bukan kitab suci.

“Kita nak bentangkan manifesto, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, saudara-saudari sekalian, adalah manifesto yang boleh kita lakukan berasaskan kepada pengalaman kita yang lalu,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: bantuanBarisan NasionalBNDapat PerhatianmanifestoPraktikalPRN Negeri SembilanRakyatrealistikSkim Salam Sejahtera
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

25/07/2026
0

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan rakyat harus bersyukur kepada Allah S.W.T dengan pelbagai kejayaan yang...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd