• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MDEC Ambil Tindakan Batal Status Malaysia Digital NSO

oleh Mynewshub
21/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
MDEC Ambil Tindakan Batal Status Malaysia Digital NSO
Share on FacebookShare on Twitter

OLEH MYNEWSHUB 

CYBERJAYA – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sedang mengambil tindakan segera untuk membatalkan status Malaysia Digital yang diberikan kepada NSO Malaysia Sdn. Bhd. susulan pembatalan lesen perniagaan syarikat itu oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

NSO Malaysia merupakan syarikat yang mengendalikan Network School di Forest City, Johor.

MDEC dalam kenyataan pada Selasa berkata, syarat bagi memperoleh status Malaysia Digital menetapkan sesebuah syarikat perlu memiliki semua permit dan lesen berkaitan bagi menjalankan aktiviti yang diluluskan.

Syarikat terbabit juga diwajibkan mematuhi segala undang-undang, peraturan serta syarat pelesenan yang sedang berkuat kuasa.

“Pembatalan lesen perniagaan NSO merupakan suatu ketidakpatuhan terhadap syarat ini.

“Sehubungan itu, MDEC sedang mengambil tindakan segera untuk membatalkan status Malaysia Digital NSO,” menurut kenyataan itu.

MDEC menegaskan pihaknya mengalu-alukan pelaburan digital berkualiti ke Malaysia, namun pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang dan peraturan negara tidak boleh dikompromikan.

Kenyataan itu dikeluarkan Bahagian Hal-Ehwal Korporat MDEC pada 21 Julai 2026.-MYNEWSHUB

Tags: Network School
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

18/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah...

Johor Desak Putrajaya Putuskan Segera Status Network School Di Forest City

Johor Desak Putrajaya Putuskan Segera Status Network School Di Forest City

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor menggesa Kerajaan Persekutuan memberikan keputusan segera, jelas dan muktamad berhubung status individu warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd