• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Takkan Kerana Segilintir, Keseluruhan Industri Babi Perlu Ditutup – Timbalan Menteri

oleh Mynewshub
17/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Takkan Kerana Segilintir, Keseluruhan Industri Babi Perlu Ditutup – Timbalan Menteri
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

KUALA LUMPUR — Kerajaan tidak seharusnya menutup atau menghukum keseluruhan industri penternakan babi hanya disebabkan pencemaran yang dilakukan oleh segelintir pengusaha, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin.

Beliau berkata, ladang yang beroperasi secara sah dan mematuhi undang-undang perlu dibenarkan meneruskan operasi, manakala tindakan tegas hendaklah dikenakan secara khusus terhadap pengusaha yang melanggar peraturan alam sekitar.

Menurut Chan, pendekatan mengenakan larangan menyeluruh terhadap industri berkenaan bukan sahaja tidak adil, malah boleh menjejaskan pengusaha yang telah melakukan pelaburan bagi memenuhi syarat penternakan moden dan pengurusan sisa.

“Adakah kita mahu menghukum seluruh industri hanya kerana kesalahan segelintir pihak?

“Sekiranya itu logiknya, adakah setiap industri ternakan lain juga perlu ditutup setiap kali berlaku satu kes pencemaran?” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Chan berkata demikian sebagai menjawab cadangan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, supaya semua kegiatan penternakan babi di kawasannya dihentikan susulan masalah pencemaran Sungai Kereh.

Wan Saiful sebelum ini membangkitkan isu berkenaan di Kamar Khas Parlimen dengan mendakwa Sungai Kereh berdepan pencemaran kronik akibat pelepasan sisa ternakan yang tidak dirawat serta efluen daripada kegiatan perindustrian berhampiran Kampung Selamat.

Beliau turut mempersoalkan kelemahan penguatkuasaan akibat pertindihan atau kekosongan bidang kuasa antara agensi, selain kekurangan pegawai untuk memantau kawasan penternakan yang luas.

Wan Saiful dilaporkan mencadangkan agar import daging babi diliberalisasikan bagi memastikan bekalan pasaran mencukupi sekiranya kegiatan penternakan tempatan ditamatkan secara berperingkat.

Bagaimanapun, Chan menolak perbandingan itu dan menegaskan bahawa tanggungjawab kerajaan adalah memastikan industri terbabit mematuhi undang-undang, bukannya menafikan hak perniagaan sah untuk terus beroperasi.

Beliau turut memaklumkan bahawa pemantauan mingguan menunjukkan keadaan Sungai Kereh semakin pulih, termasuk tiada lagi kesan bahan najis terampai, manakala air sungai tidak lagi kelihatan hitam dan keruh seperti sebelum ini.

Menurutnya, perkembangan positif itu berlaku selepas arahan berkuat kuasa pada 4 Mei lalu yang mewajibkan sisa kumbahan ladang babi dihantar ke kemudahan rawatan biogas.

Chan berkata, ladang babi berlesen di Pulau Pinang juga dilaporkan telah mencapai kadar pemodenan sepenuhnya sejak 2023, manakala premis yang beroperasi secara haram telah ditutup.

Beliau menegaskan bahawa dasar kerajaan tidak boleh dibuat berdasarkan sentimen, persepsi atau retorik politik semata-mata, sebaliknya perlu berpandukan bukti, fakta dan prinsip keadilan.

“Perbahasan secara demokratik tidak sepatutnya menyebabkan seluruh industri yang mematuhi undang-undang dijadikan mangsa,” katanya.-MYNEWSHUB

Tags: babibabi hutanbabi panggang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Kalah PRN Johor Kesan Balas Larangan Penternakan Babi Di Selangor – Ronnie Liu

PH Kalah PRN Johor Kesan Balas Larangan Penternakan Babi Di Selangor – Ronnie Liu

13/07/2026
0

SHAH ALAM - Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa antara faktor kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam...

PRN Johor: Ronnie Liu Mahu Larangan Penternakan Babi Ditarik Balik Syarat Bantu Kempen

PRN Johor: Ronnie Liu Mahu Larangan Penternakan Babi Ditarik Balik Syarat Bantu Kempen

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew memberi syarat jika mahu beliau turun berkempen untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd