Oleh Mynewshub
KEJAYAAN Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM19.1 bilion pada 2025 tidak boleh dijadikan bahan propaganda untuk mengangkat Pakatan Harapan (PH) dan Menteri Besar semata-mata.
Hakikat yang cuba disembunyikan ialah pencapaian tersebut berlaku ketika Barisan Nasional (BN) menjadi tonggak penting dalam kerajaan negeri.
Tanpa sokongan, pengalaman dan kekuatan politik BN, pentadbiran Negeri Sembilan tidak akan menikmati kestabilan besar yang menjadi antara faktor utama dalam meningkatkan keyakinan pelabur.
Datuk Seri Jalaluddin Alias, misalnya, dilantik sebagai Exco Kanan dan diberikan tanggungjawab terhadap kemajuan desa, perladangan dan komoditi, pertanian, keterjaminan makanan serta kos sara hidup.
BN turut mempunyai wakil dalam beberapa portfolio lain termasuk pendidikan dan modal insan, pembangunan belia dan sukan serta warisan, teknologi, inovasi dan digital.
Beliau dan pasukan pada BN memainkan peranan amat penting.
Struktur pentadbiran rasmi kerajaan negeri jelas menunjukkan wakil BN merupakan sebahagian daripada pasukan yang mentadbir Negeri Sembilan ketika rekod pelaburan 2025 itu dicapai.
Justeru, tindakan sebuah halaman penyokong PH memaparkan carta pelaburan 2023 hingga 2025 menggunakan warna merah PH sahaja bukan sekadar tidak adil, malah cuba memadamkan peranan besar BN dalam pencapaian ekonomi negeri.

Wakil-wakil BN dalam kerajaan negeri bukan sekadar duduk sebagai penyeri mesyuarat atau memberikan sokongan tanpa peranan.
Mereka terlibat dalam pentadbiran, pembangunan luar bandar, pertanian, keterjaminan makanan, pendidikan, pembangunan modal insan, teknologi, inovasi dan pelbagai bidang lain yang berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi negeri.
Pelabur bukan sahaja memerlukan tapak kilang. BN memahami keperluan industri, pelabur dan rakyat tempatan.
Pengalaman itu menjadikan BN satu aset besar dalam memastikan setiap dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun.

Kalau ada yang membandingkan dengan Johor. Situasi itu berbeza.
Negeri Harimau Selatan menerima pelaburan tertinggi di Malaysia dan dalam sejarah ketika dipimpin sacara mutlak oleh BN dan Datuk Onn Hafiz.
Tiada PH dalam pentadbiran Johor. Justeru kejayaan Johor memang mutlak oleh BN dan Onn Hafiz.
Negeri Sembilan dibantu exco-exco BN selama bertahun-tahun.
Dan nasib baik ada exco BN, kalau tidak entah kat nombor berapa pelaburan negeri berkenaan. – MYNEWSHUB


