• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Spekulasi Kerjasama BN-PAS di PRN Negeri Sembilan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Spekulasi Kerjasama BN-PAS di PRN Negeri Sembilan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Hantaran bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa di media sosial mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan wujud kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PAS Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Menerusi hantaran ringkas itu, Annuar menulis, “Bersatu kita Bersatu” yang disifatkannya sebagai lirik awal lagu rasmi UMNO, sebelum menyambung dengan frasa “Bersatulah Wahai Kaum Muslimin” yang menurutnya merupakan lirik pertama lagu PAS.

Hantaran berkenaan dimuat naik ketika Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan mengenai pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen BN.

Menurut Ahmad Zahid, BN memperuntukkan tujuh kerusi kepada MCA dan empat kerusi kepada MIC berdasarkan unjuran kebolehmenangan, bagaimanapun agihan kerusi yang ditandingi UMNO akan diumumkan kemudian.

Walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi mengaitkan BN dan PN akan bekerjasama dalam PRN Negeri Sembilan, hantaran Annuar dan kenyataan Ahmad Zahid itu mengundang pelbagai tafsiran dalam kalangan pemerhati
politik serta pengguna media sosial.

Setakat ini, tiada pengesahan daripada mana-mana pemimpin BN atau PN mengenai sebarang bentuk kerjasama pilihan raya antara kedua-dua gabungan tersebut. – MYNEWSHUB

Tags: BNkerjasamaPASPNPRN Negeri SembilanSPEKULASIUMNO
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

PN Gagal Tangguh Tindakan Penggantungan RoS

PN Gagal Tangguh Tindakan Penggantungan RoS

13/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) gagal mendapatkan perintah penangguhan sementara terhadap notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung semua...

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

Nasib PN Diketahui Esok, Mahkamah Dengar Permohonan Cabar Tindakan RoS

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Permohonan Perikatan Nasional (PN) bagi mengenepikan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menggantung semua kegiatan gabungan politik itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd