• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

oleh Mynewshub
13/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi masih sama.

Beliau mendakwa kemenangan Barisan Nasional (BN) Johor menunjukkan pengundi masih mengundi disebabkan oleh parti, bukan disebabkan prestasi.

“Apa yang keputusan Johor beritahu tentang pengundi sendiri.. bukan BN yang paling hebat, tetapi mentaliti pengundi masih sama.

“Mentaliti yang pertama saya undi sebab parti. Bukan sebab prestasi, bukan sebab integriti, bukan sebab polisi.

“Mentaliti yang kedua pula oohh datuk saya undi biru, ayah saya pun undi biru.. mati pun saya akan undi biru.

“Demokrasi sudah berubah menjadi macam satu agama,” dakwanya menerusi satu rakaman video di muat naik di media sosial.

Siti mendakwa mentaliti yang ketiga adalah tidak kisah pemimpin buat salah asalkan parti sendiri, tetapi jika parti lawan buat salah, mereka akan ‘menyalak 24 jam’

“Kalau parti dia sendiri buat (salah)… diam. Itulah dia masalah mentaliti pengundi-pengundi kita,” dakwanya lagi.

Terdahulu, Siti mempersoalkan BN Johor memperoleh kemenangan besar, tetapi apa sebenarnya yang rakyat Johor menang.

“Adakah kos sara hidup kamu turun? Adakah rasuah telah hilang? Adakah kronisme sudah berakhir? Adakah peluang pekerjaan bertambah?

“Adakah pendidikan semakin baik? Adakah hospital kamu semakin baik? Atau yang berubah cuma logo atau orang yang memerintah?

“Saya bukan kecewa BN menang sebenarnya, tetapi saya kecewa rakyat masih mengundi tanpa menghukum kegagalan. Itulah masalah yang sebenarnya,” dakwanya lagi.

Dalam pada itu, Siti mendakwa politik Malaysia tidak berubah kerana rakyat tidak menghukum seperti di negara maju yang menyebabkan pemimpin takut dengan rakyat.

‘Di Malaysia, rakyat takut dengan pemimpin atau parti. Kalau kerajaan gagal, undi keluar. Malaysia gagal berkali-kali, berpuluh kali, bertahun-tahun. Tapi mereka masih menang.

“Jadi apa mesej yang kita sebagai pengundi hantar kepada pemimpin-pemimpin ini atau parti-parti sebegini? Buatlah apa sahaja, rakyat tetap akan undi. Itulah sebab rasuah terus hidup,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto/Rakaman Video: Akaun Media Sosial Siti Kasim

Tags: AgamaBarisan NasionalBiruBNDemokrasiKemenanganMasih SamaMentalitipartiPeguam dan aktivispengundipilihan raya negeriPRN Johorrasuahsiti kasim
Share204Tweet127SendShare

Related Posts

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

28/08/2026
0

HUBUNGAN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan seperti sebuah kerjasama politik secara ‘paksa rela’ sepatutnya sudah sampai...

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

28/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi keluarga bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd