KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-101 buat Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau mendoakan agar mantan Perdana Menteri itu sentiasa dalam limpahan rahmat Allah S.W.T
“Semoga Tun terus dilimpahi rahmat, kesihatan yang baik dan berada dalam keberkatanNya, Insya-Allah,” katanya.
Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah bekerjasama dengan Anwar dalam gabungan politik Pakatan Harapan (PH)
Mahathir dan Muhyiddin ketika itu mengemudi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menjadi sebahagian parti komponen PH.
Kerjasama Bersatu dan PH berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak pada PRU 2018. – MYNEWSHUB


