• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PERSEDIAAN MENDEPANI CUACA PANAS DAN FENOMENA EL NIÑO

DELEGASI MALAYSIA HADIRI MESYUARAT KE-27 SUB-REGIONAL MINISTERIAL STEERING COMMITTEE ON TRANSBOUNDARY HAZE POLLUTION (MSC)

oleh Mynewshub
10/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PERSEDIAAN MENDEPANI CUACA PANAS DAN FENOMENA EL NIÑO
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ke-27 Sub-Regional Ministerial Steering Committee on Transboundary Haze Pollution (MSC) pada 9 Julai 2026 di Bali, Indonesia.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Lingkungan Hidup, Indonesia selaku Negara Tuan Rumah dan dihadiri Menteri-menteri Alam Sekitar dan Pegawai-pegawai Kanan dari negara-negara di Selatan rantau ASEAN iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Timor-Leste dan Sekretariat ASEAN sebagai urus setia mesyuarat.

Manakala Malaysia berperanan sebagai Timbalan Pengerusi mesyuarat tersebut.

Semua Negara MSC telah menzahirkan komitmen bagi pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution – AATHP) secara berkesan dan mengalu-alukan usaha berterusan dan persediaan Indonesia bagi penubuhan dan pengoperasian ASEAN Coordinating Centre for Transboundary Haze Pollution Control (ACC THPC).

Mesyuarat mengalu-alukan perkembangan ASEAN Investment Framework for Haze-Free Sustainable Land Management (AIF-HFSLM) sebagai pelengkap kepada pelaksanaan Second ASEAN Haze-Free Roadmap 2023 – 2030 dan Second ASEAN Peatland Management Strategy (APMS) 2023–2030.

Mesyuarat turut menggalakkan kerjasama dengan Rakan Dialog ASEAN bagi menyokong pengurusan hutan, tanah gambut dan pertanian lestari ke arah merealisasikan ASEAN Bebas Jerebu menjelang 2030.

Melalui mesyuarat ini, ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) telah membentangkan tinjauan cuaca dan jerebu di Selatan rantau ASEAN.

Terdapat peningkatan jumlah titik panas (hotspots) sebanyak 86% bagi separuh tahun pertama 2026 berbanding tempoh sama pada tahun 2025, susulan keadaan cuaca yang lebih panas dan kering pada bulan Januari, Mac dan April 2026.

ASMC turut menjangkakan fenomena El Niño akan berterusan sepanjang separuh tahun kedua 2026 dan menjadi lebih kuat mulai Ogos hingga September 2026 serta berpotensi menyebabkan cuaca kering yang berpanjangan.

Kebanyakan kawasan di Selatan rantau ASEAN dijangka menerima taburan hujan di bawah paras normal dalam beberapa bulan akan datang yang boleh meningkatkan titik panas dan risiko jerebu merentas sempadan.

Mesyuarat Ke-27 MSC mengiktiraf usaha berterusan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam memperkukuh keupayaan operasi Southeast Asia Fire Danger Rating System (SEA FDRS).

MET Malaysia turut membentangkan perkembangan terkini SEA FDRS dengan pemasangan tiga (3) Automated Auxiliary Weather Stations (AAWS) di kawasan hutan simpan di Semenanjung Malaysia bagi meningkatkan keupayaan pengesanan awal risiko kebakaran hutan dan tanah gambut.

Selain itu, model kualiti udara, Malaysia Community Multiscale Air Quality Model (MyCMAQ) telah dilancarkan pada Mac 2026 bagi meramal kualiti udara dan meliputi pencemaran jerebu di Malaysia serta rantau Asia Tenggara.

Berdasarkan unjuran ASMC dan MET Malaysia mengenai fenomena El Niño serta keadaan cuaca yang lebih panas dan kering, Mesyuarat Ke-27 MSC menegaskan semula komitmen untuk memperkukuh usaha pencegahan, kesiapsiagaan, pemadaman dan tindak balas secara bersepadu bersama semua pihak berkepentingan selaras dengan Second Haze-Free Roadmap 2023–2030 dan Standard Operating Procedures for Monitoring, Assessment and Joint Emergency Response (SOP MAJER).

Melalui mesyuarat ini, Malaysia telah membentangkan cadangan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan untuk memperkukuh pelaksanaan AATHP.

Mesyuarat Ke-27 MSC telah bersetuju untuk meneroka dan menilai kebolehlaksanaan Diplomasi Sains dalam kerangka AATHP melalui mekanisme sedia ada atau penubuhan platform baharu yang bersesuaian.

Selain itu, mesyuarat juga bersetuju untuk meneliti kebolehlaksanaan bagi memperkukuh ASEAN Haze Fund dengan memperkembangkan sumber sumbangan dan skop penggunaannya bagi menyokong penyelidikan saintifik dan inisiatif Diplomasi Sains dengan tadbir urus yang telus dan berakauntabiliti.

Mesyuarat Ke-21 Committee dan Conference of Parties to the AATHP telah dijadualkan pada Oktober 2026 di Da Nang, Viet Nam.

Manakala Malaysia akan menjadi Pengerusi dan Tuan Rumah bagi Mesyuarat Ke-28 MSC yang dijangka diadakan pada bulan Jun 2027 di Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam rangka mesyuarat ini, YB Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkesempatan mengadakan perbincangan dua hala bersama Menteri Lingkungan Hidup, Indonesia.

Kedua-dua Negara telah mencadangka beberapa bidang kerjasama yang boleh diteroka dalam sektor alam sekitar dan perubahan iklim.

Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk terus memperkukuh hubungan kerjasama dan akan meneruskan usaha pemantauan dan pencegahan pencemaran jerebu merentas sempadan di rantau ini.

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES)

10 JULAI 2026

Tags: Arthur KurupDato’ Sri Arthur Joseph Kurup
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

EFT: Dana ‘Pelaburan Hijau’ Yang Membuahkan Hasil, Perkukuh Konservasi

EFT: Dana ‘Pelaburan Hijau’ Yang Membuahkan Hasil, Perkukuh Konservasi

03/07/2026
0

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup   Oleh: Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup SAMPAI bila konflik antara manusia dengan hidupan liar...

Arthur Catat Majoriti Tertinggi Antara Enam Calon BN Yang Menang

Arthur Catat Majoriti Tertinggi Antara Enam Calon BN Yang Menang

30/11/2025
0

1I1KENINGAU - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup tampil sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang mendapat majoriti tertinggi pada PIilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd