• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong

oleh Mynewshub
09/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kadar Elektrik Meningkat Lapan Bulan Berturut-Turut – Wee Ka Siong
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Wee La Siong mendakwa bil elektrik semakin mahal yang turut dirasai oleh rakyat Johor ketika ini adalah kerana kadar elektrik telah meningkat lapan bulan berturut-turut.

Menerusi satu rakaman video di media sosial, beliau mendakwa keadaan itu berlaku disebabkan Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik atau AFA telah berubah daripada rebate kepada surcharge.

“Ramai rakyat, peniaga kecil, restoran, kilang dan industri di Johor bertanya soalan yang sama kenapa penggunaan elektrik lebih kurang sama tetapi bil semakin naik?

“Jawapannya kerana kadar elektrik telah meningkat lapan bulan berturut-turut selepas AFA berubah daripada rebate kepada surcharge.

“Dulu AFA membantu mengurangkan bil rakyat. Hari ini AFA pula menjadi surcharge tambahan yang menaikkan bil elektrik,” katanya.

Ka Siong mendakwa, situasi diburukkan dengan tindakan Kerajaan Persetujuan mengenakan cukai SST 8% ke atas bil elektrik tertentu menjadikan beban rakyat lebih berat.

Beliau berkata, apabila bil elektrik naik, cukai SST 8% turut menjadi lebih besar.

“Kalau bil RM200, SST 8% ialah RM16. Kalau bil naik kepada RM400, SST sudah menjadi RM32. Kalau bil perniagaan RM1,000, SST sahaja sudah RM80.

“Maksudnya, apabila kadar elektrik naik, cukai pun ikut naik. Rakyat kena dua kali, perniagaan kena dua kali,” katanya.

Beliau seterusnya mendakwa kenaikan kos elektrik boleh menyebabkan harga barang dan perkhidmatan turut naik.

“Sebab itu saya minta Kerajaan Persetujuan menggantung atau memansuhkan SST 8% ke atas bil elektrik,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Rakaman Video: Akaun Media Sosial Wee Ka Siong

 

Tags: AFABil ElektrikCukaiDatuk Seri Wee La SiongKadar elektrikNaikPresiden MCASST 8%
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

Lebih 1,000 Pemimpin Masyarakat Cina Hadir Majlis BN Di Kluang – Ka Siong

Lebih 1,000 Pemimpin Masyarakat Cina Hadir Majlis BN Di Kluang – Ka Siong

09/07/2026
0

KLUANG – Kehadiran lebih 1,000 pemimpin masyarakat Cina pada satu majlis makan malam di Kluang disifatkan sebagai isyarat sokongan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd