KUALA LUMPUR – Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan sebagai bongkak.
Anwar semalam mengingatkan pihak tertentu supaya cermat apabila berkata mengenainya kerana beliau tetap Perdana Menteri walau apa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
“PMX kata menang di Johor saya masih Perdana Menteri, kalah pun saya masih Perdana Menteri.
“Ya, tapi jika kalah ia semakin mendekatkan datuk seri untuk jadi XPM. Jangan bongkak,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari.
Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin pula menyifatkan perkataan seperti itu tidak elok dilontarkan oleh pemimpin nombor satu negara.
Menurutnya, semua pihak menghormati orang yang lebih tua dan lebih berpengalaman, tetapi perbincangan harus dikekalkan kepada fakta.
“Dia cakap, kalau dia kalah PRN Johor pun dia masih Perdana Menteri. Ok lah, jadi kita pun tak payah pening-pening, kita kekal Biru di Johor,” sindirnya. – MYNEWSHUB


