JOHOR BAHRU – Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh mendakwa tinjauan pihaknya di lapangan mendapati rata-rata rakyat Johor menolak Barisan Nasional (BN)
Beliau mendakwa, rakyat Johor menolak BN dalam PRN kali ini disebabkan isu kleptokrasi yang menyebabkan negara terpaksa menanggung hutang.
“Jadi apabila kita turun ke bawah, ‘survey’ di bawah jumpa dengan rakyat, jumpa dengan pengundi-pengundi, mereka menolak UMNO BN di atas dasar ini,” dakwanya dalam satu rakaman video di media sosial hari ini.
Beliau turut mendakwa antara faktor lain rata-rata rakyat Johor menolak BN kerana Datuk Onn Hafiz Ghazi enggan membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri ini.
Kata beliau, rakyat Johor menolak BN kerana Onn Hafiz enggan bekerjasama dengan PH dan tidak mahu duduk semeja dengan DAP.
“Saya kira dua perkara ini sebagaimana yang disebut oleh pengundi pada hari ini, dua hari yang pertama ini sudah memadai untuk memastikan rakyat Johor menolak UMNO-BN,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dato Dr Ismail Salleh


