• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun negeri itu memilih untuk tidak menyokong Kerajaan Madani.

Bagaimanapun, kata beliau, terdapat pihak mengkritik tindakannya memberi tumpuan kepada negeri-negeri tersebut, namun kerajaan tidak boleh meminggirkan rakyat hanya berdasarkan sokongan politik.

“Kadang-kadang orang kritik saya. Dia kata, mengapa saya beri tumpuan, peruntukan yang besar termasuk di Kelantan atau di Kedah.

“Padahal itu bukan kawasan yang memilih untuk menyokong Kerajaan Madani,” katanya ketika berucap di Majlis Peluncuran Laluan Shah Alam di sini hari ini.

Anwar mengakui selain ia merupakan tanggungjawab kerajaan, dalam masa diharap boleh menarik perhatian dan dukungan terhadap Kerajaan Madani.

“Saya jawab, tanggungjawab kita ini tentulah kalau boleh menarik perhatian dan mendapat dukungan. Tetapi kalau di negara kita yang mencatat kemajuan, dalam masa yang sama kemiskinan ketara di beberapa kawasan.

“Masalah banjir yang berterusan yang menelan kos yang tinggi, memberikan kesengsaraan kepada rakyat, terutama yang miskin. Semua itu harus diberi perhatian,” katanya.

Justeru, beliau berharap semua pihak memahami mengapa Kerajaan Madani memilih untuk meletakkan keutamaannya berdasarkan keperluan.

“Hidupan rakyat itu diberi keutamaan. Mudah-mudahan mereka mempunyai kesedaran untuk memberi dukungan kerana ini dasar yang agak baru ketimbang apa yang pernah dilakukan sebelumnya,” dakwanya. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimdikritikDukunganKedahKelantanKerajaan MadaniPerdana MenteriPeruntukan BesarTumpuan
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

‘Nah Sekarang, Di Mana Cerdiknya Perdana Menteri Yang Penyokong PH Agung-Agungkan?’ – Ahmad Fadhli

‘Nah Sekarang, Di Mana Cerdiknya Perdana Menteri Yang Penyokong PH Agung-Agungkan?’ – Ahmad Fadhli

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan keputusan...

PBM Gesa Kerajaan Madani Hantar Zakir Naik Keluar Dari Malaysia – Ronnie Liu

PBM Gesa Kerajaan Madani Hantar Zakir Naik Keluar Dari Malaysia – Ronnie Liu

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Bangsa Malaysia (PBM) menggesa Kerajaan Madani mengeluarkan pendakwah bebas, Dr Zakir Naik dari Malaysia kerana mendakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd