• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena, dua van dan empat kereta di Kilometer 291 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Gopeng, petang semalam.

 

Dalam kejadian itu, dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah manakala enam lagi cedera ringan.

 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 4.29 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng digerakkan ke lokasi.

 

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II), Isma Mohamad Ubaidullah Ahmad Rani dengan kekuatan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama lima anggota dan tiba di lokasi kira-kira jam 4.41 petang.

 

Menurut JBPM, kemalangan melibatkan tujuh kenderaan terdiri daripada sebuah lori kontena, dua van dan empat kereta.

 

“Seramai lapan mangsa terlibat dengan dua daripadanya mengalami kecederaan parah manakala enam lagi cedera ringan. Tiada mangsa yang dilaporkan tersepit,” menurut kenyataan itu.

Pasukan bomba kemudian menjalankan penilaian awal situasi (size up) serta mengaplikasikan konsep SAVER bagi memastikan keselamatan mangsa sebelum tindakan lanjut dilakukan.

 

Kesemua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke Hospital Ipoh bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Selain operasi menyelamat, anggota bomba turut melaksanakan kerja pembersihan sisa kemalangan dan tumpahan minyak di permukaan jalan menggunakan satu aliran salur bantu mula bagi memastikan laluan kembali selamat digunakan pengguna lebuh raya.

 

Operasi berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.50 petang sebelum ditamatkan pada jam 6.02 petang. -MYNEWSHUB

Tags: anggota bombaanggota polisAngka KematianJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaKadar Kemalangankemalangankemalangan bas
Share268Tweet168SendShare

Related Posts

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

25/10/2026
0

BAGAN DATUK - Dua petugas media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan New Straits Times (NST) terlibat dalam kemalangan...

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd