• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Jualan Besar-Besaran Daging Babi Diteruskan, Aktiviti Yang Sah – Guan Eng

oleh Mynewshub
21/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Program Jualan Besar-Besaran Daging Babi Diteruskan, Aktiviti Yang Sah – Guan Eng
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU PINANG – Penasihat DAP, Lim Guan Eng menegaskan program jualan daging babi secara besar-besaran akan diteruskan walaupun terdapat bantahan daripada pihak yang beliau sifatkan sebagai golongan ekstremis.

Menurut beliau, pihaknya tidak akan tunduk kepada golongan ekstrem yang menuduh aktiviti tersebut sebagai menghina Islam dan menguji batas kesabaran umat Islam.

Tegas beliau, aktiviti jualan besar-besaran daging babi yang diadakan di kawasan Parlimen Bagan merupakan satu aktiviti perniagaan yang sah.

“Tuduhan tersebut tidak berasas dan kami sama sekali tidak akan tunduk kepada golongan ekstrem.

“Tidak timbul isu provokasi atau cubaan menyinggung perasaan umat Islam. Kami juga telah menjelaskan dengan tegas bahawa umat Islam tidak dibenarkan menyertainya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan di muat naik di media sosial hari ini dalam bahasa Cina yang diterjemahkan kepada Bahasa Melayu menggunakan aplikasi ChatGPT.

Guan Eng berkata, aktiviti penjualan daging babi secara besar-besaran dianjurkan secara berterusan selama empat tahun dan sebelum ini tidak pernah menimbulkan sebarang kontroversi.

Bagaimanapun, dakwanya, ia tiba-tiba menjadi sasaran kecaman, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada terdapat pengaruh pemikiran politik ekstrem di sebaliknya yang sengaja mencetuskan salah faham serta memainkan sentimen agama.

“Saya ingin memberi amaran kepada golongan ekstrem ini agar tidak terus mengeksploitasi isu agama untuk membangkitkan emosi masyarakat.

“Kami akan terus menganjurkan jualan besar-besaran daging babi ini pada tahun hadapan dan tidak akan tunduk kepada mana-mana kuasa ekstrem,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Lim Guan Eng

 

Tags: Besar-BesaranDiteruskangolongan ekstremisJualan daging babiLim Guan EngParlimen BaganPenasihat DAPTahun depantidak tunduk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Majlis Belia FELDA Ucap Terima Kasih Kepada Kerajaan Johor, Onn Hafiz

Majlis Belia FELDA Ucap Terima Kasih Kepada Kerajaan Johor, Onn Hafiz

20/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Majlis Belia FELDA Malaysia menyambut baik keputusan kerajaan Johor untuk meneruskan program bagi meraikan para peneroka FELDA...

Kerajaan Johor Teruskan Majlis Rai Peneroka FELDA, Penyerahan Hak Milik 210 Peneroka

Kerajaan Johor Teruskan Majlis Rai Peneroka FELDA, Penyerahan Hak Milik 210 Peneroka

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan meneruskan program meraikan para peneroka FELDA di negeri ini walaupun FELDA membatalkan Sambutan Hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd