• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Unsur Buli Dikesan Dalam Kematian Pelajar Tingkatan 4

oleh Mynewshub
20/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tiada Unsur Buli Dikesan Dalam Kematian Pelajar Tingkatan 4
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub

REMBAU, 20 Jun 2026 — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan setakat ini tiada unsur buli dikesan dalam insiden kematian seorang pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di Seremban yang berlaku semalam.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata berdasarkan maklumat awal yang diperoleh termasuk perbincangan bersama keluarga mangsa, tiada isu berkaitan buli dibangkitkan sebelum kejadian.

Menurut beliau, pelajar berusia 16 tahun itu dilaporkan hadir ke sekolah dalam keadaan baik dan tidak menunjukkan sebarang perubahan luar biasa.

“Setakat ini semasa saya berbual dengan ibu bapa kepada arwah sebentar tadi, tidak ada berbangkit tentang isu buli dan sebagainya.

“Mengikut apa yang dimaklumkan, arwah berada dalam keadaan baik seperti biasa ketika hadir ke sekolah pagi semalam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi keluarga mangsa di Unit Forensik Hospital Rembau bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Mohd Azam berkata KPM telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak sekolah meneliti semua aspek bagi mengenal pasti punca kejadian.

Menurutnya, setakat ini tiada maklumat menunjukkan mangsa mempunyai sebarang rekod perubatan.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan gambar serta rakaman berkaitan kejadian demi menjaga privasi keluarga.

“Kita berharap masyarakat dapat memberikan ruang dan sokongan kepada keluarga arwah selain mendoakan yang terbaik,” katanya.

KPM turut memaklumkan bantuan sokongan psikososial akan disediakan kepada ahli keluarga, rakan sekelas serta warga sekolah yang terkesan.

Terdahulu, polis dilaporkan menerima maklumat mengenai pelajar berkenaan yang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan sekolah pada jam 10.48 pagi semalam.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan keterangan saksi serta menunggu laporan bedah siasat.-MYNEWSHUB

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/06/VID_20260620_152038_985.mp4
Tags: Asrama Sekolahbalai polisjatuhKPJ SerembanSDRSeremban
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Media Asing Lapor Harga Minyak Global Turun Selepas Iran Umum Buka Semula Selat Hormuz

Media Asing Lapor Harga Minyak Global Turun Selepas Iran Umum Buka Semula Selat Hormuz

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Harga minyak dunia dilaporkan merosot selepas Iran mengumumkan pembukaan penuh Selat Hormuz kepada semua kapal komersial sepanjang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd