• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

oleh Mynewshub
18/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi malah pernah menyatakan Johor tidak lupa jasa Najib dan merindui Najib semasa Sambutan Ulang Tahun Ke-80 UMNO pada 2 Mei lalu.

“Jika benar Johor merindui Najib, maka keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 sepatutnya dilihat dalam konteks lebih jujur.

“Keputusan pilihan raya 2018 menunjukkan majoriti pengundi memilih untuk menolak BN yang terkait dengan skandal yang disifatkan sebagai ‘kleptokrasi pada tahap paling buruk,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Dalam pada itu, Sheikh Umar berkata, generasi muda perlu dididik bahawa politik adalah wadah untuk berkhidmat pada rakyat, menjunjung integriti dan memastikan amanah serta bertanggungjawab.

Kata beliau, ramai anak muda hari ni tidak melalui tempoh 2008 hingga 2018 dan hanya mengenali era tersebut melalui rekod sejarah, cerita orang lama, laporan media, internet dan catatan rasmi berkaitan sahaja.

Justeru, kata beliau, golongan muda perlu diberikan gambaran lebih jelas mengenainya supaya mengetahui kesilapan dan kegagalan yang berlaku sepanjang tempoh tersebut agar tidak diulangi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Sheikh Omar Ali

Tags: 1MDBbekas perdana menteriDatuk Seri Najib Tun RazakMenyokongNaib Pengerusi DAP JohorPRU 2018Sheikh Umar Bagharib AliUMNO Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

J-KOM Lancar Operasi Bermula Malam Ini

J-KOM Lancar Operasi Bermula Malam Ini

10/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) melancarkan operasi bagi menerangkan tentang pelbagai isu negara bermula malam ini. Ia termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd