• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Tokoh Lain Mempunyai Pengaruh Setanding PMX Anwar Di Peringkat Antarabangsa

oleh Mynewshub
18/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tiada Tokoh Lain Mempunyai Pengaruh Setanding PMX Anwar Di Peringkat Antarabangsa
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – “Jika bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi Perdana Menteri, siapakah tokoh lain mempunyai pengaruh dan pengiktirafan yang setanding di peringkat antarabangsa?

Persoalan itu dibangkitkan oleh Penyandang Exco Kerajaan Negeri Sembilan, J Arul Kumar yang membayangkan hanya Anwar memiliki pengaruh dan pengiktirafan seperti itu.

Beliau yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP berkata, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin kuasa besar dunia termasuk Amerika Syarikat, China, India, Russia, Brazil dan Afrika Selatan.

Kata beliau, Malaysia memerlukan hubungan baik dengan semua kuasa besar dunia kerana tanpa hubungan diplomatik dan ekonomi yang kukuh negara sukar berkembang dan maju.

“Sepanjang lebih tiga tahun memimpin negara, beliau membawa pelbagai inisiatif dan mengangkat semula imej Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di persada dunia, bukannya imej kleptokrasi.

“Kalau bukan Anwar Ibrahim siapa lain? Anwar Ibrahim berjaya mewujudkan hubungan baik Malaysia dengan kuasa-kuasa besar dunia.

“Langkah ini penting untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Arul Kumar berkata, setiap pemimpin mempunyai kelemahan dan kekurangan, namun sekadar satu atau dua kelemahan tidak seharusnya menenggelamkan segala usaha dan pencapaian yang telah dilakukan Anwar. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Arul Kumar Jambunathan

Tags: antarabangsaDatuk Seri Anwar IbrahimJ Arul KumarKuasa BesarNaib Pengerusi Kebangsaan DAPPemimpin DuniaPengaruhpengiktirafanPerdana Menteri
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd