• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemain Import T-Team Maut Ketika Perlawanan Persahabatan

oleh Ahmad Albab
16/06/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Pemain import pasukan T-Team David Faramola Aniya meninggal dunia ketika perlawanan persahabatan di antara Kelantan dan T-Team, kelab dari Terengganu, di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam ini.

Pemain kelahiran Nigeria yang berusia 30 tahun itu tiba-tiba jatuh pada minit ketiga perlawanan sebelum dibawa oleh pasukan paramedik untuk mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.

Ketua Pegawai Operasi T-Team Mohd Syahrizan Mat Zin berkata pihaknya terkejut dengan perkara berkenaan memandangkan sebelum perlawanan pemain yang beraksi dalam Liga Perdana itu dibenarkan beraksi.

“Dia tidak mengadu apa-apa masalah sebelum ini dan memang ingin beraksi pada perlawanan ini.

“Dia memang pemain yang bagus dan selalu memberi arahan kepada rakan sepasukan, ini merupakan musim pertamanya bersama pasukan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima pengesahan mengenai kematian pemain pertahanannya itu pada pukul 10.05 malam selepas dihubungi penolong jurulatih Azhari Salim yang berada di hospital berkenaan.

“Dikatakan (Faramola) ada masalah jantung tetapi kita perlu buat bedah siasat dahulu,” katanya.

Perlawanan persahabatan itu dihentikan pada minit ke-60 oleh pengadil perlawanan Ku Alauddin Ku Muhammad.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis daerah Kota Baharu Supt Setapa Yusoff ketika dihubungi mengesahkan mengenai kematian pemain import itu. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=BQsgmdfDAWs

Tags: meninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd