KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berpandangan penyatuan Melayu dan Islam tidak semestinya menggunakan nama Muafakat Nasional (MN), sebaliknya boleh diteruskan di bawah apa jua nama yang dipersetujui.
Menurut beliau, nama bukan perkara utama dalam usaha menyatukan orang Melayu dan umat Islam, lebih-lebih lagi apabila nama MN telah didaftarkan sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan dimiliki pihak lain.
“Nama itu tidak penting, tetapi apa yang lebih penting ialah persefahaman, tujuan dan hala tuju penyatuan Melayu-Islam itu,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.
Kenyataan itu hadir susulan laporan media semalam yang memetik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menolak sebarang kemungkinan untuk menghidupkan semula MN, gabungan politik yang pernah dibentuk antara UMNO dan PAS.
Ahmad Zahid dilaporkan menegaskan bahawa UMNO tidak mempunyai sebarang niat atau hasrat untuk mengembalikan MN dalam apa jua bentuk.
Menurut beliau, MN telah didaftarkan sebagai sebuah NGO oleh individu tertentu, sekali gus menjadikan usaha menghidupkan semula gabhammad wngan itu tidak lagi menjadi pertimbangan parti. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Akmal Saleh


