• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enam Termasuk Bayi Maut Nahas SUV Bertembung Lori Tanah Di Sungai Petani

oleh Mynewshub
07/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Enam Termasuk Bayi Maut Nahas SUV Bertembung Lori Tanah Di Sungai Petani
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

SUNGAI PETANI – Enam individu termasuk seorang bayi berusia enam bulan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan lori muatan tanah di Kampung Baru Pinang Tunggal di sini, petang tadi.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/06/1780845105202.mp4

Dalam kejadian kira-kira jam 3.46 petang itu, sebuah Proton X50 yang dinaiki tujuh sekeluarga dipercayai terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah lori tanah seberat 10 tan.

Mangsa yang disahkan meninggal dunia ialah pemandu SUV, Ahmad Shafiq Ahmad Shukri, 27, Nora Mhd Husin, 55, Jamaliah Sannusi, 27, Ahmad Fahim Ahmad Shukri, 21, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun serta seorang bayi berusia enam bulan.

Seorang lagi mangsa, kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Aulia Sofea Ahmad Shafiq, 3, dilaporkan mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.46 petang sebelum anggota bersama pasukan dari BBP Sungai Petani digerakkan ke lokasi.

Menurut beliau, setibanya di tempat kejadian, pasukan mendapati kemalangan membabitkan sebuah Proton X50 dan sebuah lori muatan tanah.

“Komander operasi melaporkan terdapat tujuh mangsa dalam kereta berkenaan dan enam daripadanya disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Seorang kanak-kanak perempuan yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM manakala pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Punca kejadian bagaimanapun masih dalam siasatan pihak berkuasa. –MYNEWSHUB

Sumber: BH / JBPM

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/06/1780845130523.mp4
Tags: kemalangan
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd