• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Beri Peruntukan RM2.5 Juta Kepada Organisasi Buddha Sempena Hari Wesak

oleh Mynewshub
05/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Beri Peruntukan RM2.5 Juta Kepada Organisasi Buddha Sempena Hari Wesak
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertama kali dalam sejarah Malaysia kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.5 juta bagi membantu organisasi Buddha di seluruh negara sempena sambutan Hari Wesak.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, bantuan Kerajaan Madani tersebut akan memanfaatkan kira-kira 1,000 organisasi Buddha berdaftar di seluruh negara.

Menurut beliau, peruntukan itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan setiap komuniti mendapat sokongan bagi memelihara dan mempromosikan warisan budaya serta agama masing-masing.

“Malaysia sentiasa kuat kerana kepelbagaian yang dimiliki. Dengan meraikan perbezaan budaya dan agama, kita dapat membina sebuah negara yang lebih bersatu, inklusif dan harmoni,” katanya menerusi satu kenyataan sempena sambutan Hari Wesak.

Beliau berkata, langkah tersebut merupakan satu pencapaian penting dalam sejarah negara dan berharap inisiatif berkenaan akan diteruskan pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Nie Ching yang juga Ketua Wanita DAP turut mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia.

“Semoga sambutan istimewa ini membawa keamanan, kebahagiaan, kesihatan yang baik serta kasih sayang kepada anda dan keluarga,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa semangat Malaysia Madani menekankan perpaduan serta penghormatan terhadap kepelbagaian budaya dan agama yang menjadi asas keharmonian negara. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Teo Nie Ching

 

Tags: Kerajaan MadaniOrganisasi BuddhaPertama KaliperuntukanRM2.5 jutaSejarah MalaysiaTeo Nie Ching
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

Sejak Bila Kita Kena Beri Kepada Ahli Parlimen? – PMX Anwar

Sejak Bila Kita Kena Beri Kepada Ahli Parlimen? – PMX Anwar

07/08/2026
0

ALOR GAJAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sejak bila peruntukan kerajaan yang disalurkan ke kawasan Parlimen perlu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd