• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Maut Nahas Simpang Renggam: Remaja Ditahan Semula Untuk Siasatan Bunuh

oleh Mynewshub
05/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Lima Maut Nahas Simpang Renggam: Remaja Ditahan Semula Untuk Siasatan Bunuh
Share on FacebookShare on Twitter

OLEH MYNEWSHUB 

KLUANG – Remaja lelaki berusia 19 tahun yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di Jalan Renggam–Simpang Renggam sehingga meragut lima nyawa, ditahan semula bagi membantu siasatan mengikut kesalahan membunuh.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh memaklumkan, suspek sebelum ini direman selama dua hari bermula 2 Jun sebelum tempoh reman disambung sehari lagi mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Menurut beliau, selepas tamat tempoh reman dan dibebaskan dengan jaminan polis, suspek ditahan semula dan akan dibawa ke Mahkamah Kluang untuk permohonan reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, siasatan mengikut Seksyen 42(1) APJ masih diteruskan berdasarkan rakaman video tular yang didakwa menunjukkan kenderaan dipandu secara laju dan melulu sebelum kejadian berlaku.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari pada Isnin lalu di Kilometer 27, Jalan Renggam–Simpang Renggam, kemalangan membabitkan beberapa kenderaan mengorbankan lima nyawa termasuk empat sekeluarga.

Siasatan awal polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta BMW 530e yang dipandu lelaki berusia 22 tahun hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh beberapa kenderaan lain.

Pemandu BMW itu yang juga abang kepada suspek dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Perkembangan terbaru ini menyaksikan siasatan kini memasuki dimensi lebih serius apabila polis turut membuka siasatan di bawah kesalahan membunuh, selain siasatan asal berkaitan pemanduan melulu dan berbahaya.-MYNEWSHUB

 

Tags: Simpang Renggam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Dua Beranak Maut, Tiga Cedera Nahas Di Simpang Renggam

Dua Beranak Maut, Tiga Cedera Nahas Di Simpang Renggam

26/10/2025
0

Johor Bahru : Ibu dan anak lelakinya maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 65,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd